Ahad, 17 Disember 2023

TANAH RUNTUH



Tanah runtuh di Puchong, 29 penghuni rumah diarah berpindah


SERAMAI 29 penghuni di sembilan buah rumah teres di Taman Wawasan Puchong, diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan berkata kesemua mereka juga, diarah berlindung di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Laman Puteri 3 di Puchong, bagaimanapun hanya lapan dari mereka yang berbuat demikian, manakala selebihnya berlindung di rumah saudara mereka.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengarahkan lebih banyak penduduk berpindah, sekiranya laporan dari agensi berkaitan mendapati masih terdapat pergerakan tanah.

“Setakat ini berdasarkan laporan yang saya terima, tiada lagi pergerakan tanah berlaku dan pihak Air Selangor juga telah menutup saluran air di kawasan ini, kerana dikhuatiri air dari paip yang bocor akan menyebabkan pergerakan tanah yang baharu,” katanya dalam sidang media di lokasi awal pagi tadi.

Anbalagan berkata kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu kira-kira 7.30 petang, semalam turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Selain polis, beliau berkata agensi lain termasuk Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan Agensi Pertahanan Awam, akan mengawasi dan memantau kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul, selain menjaga harta benda penduduk yang diarahkan berpindah.

Mengulas mengenai kejadian banjir kilat di sebuah pusat membeli belah di sini, Anbalahan berkata sebanyak 71 gerai dan premis perniagaan di pusat membeli belah berkenaan terjejas, manakala 65 kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir ditenggelami air. – Bernama, 17 Disember, 2023.


AWAS !!!

INI BARU SATU

AMIN

AKAN BANYAK

LAGI KAWASAN

AKAN RUNTUH

AMIN

KAWASAN

 PERUMAHAN

BEKAS LOMBONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: