Ahad, 17 Disember 2023

JUMLAH GUDUR DI GAZA BERTAMBAH


Israel tembak mati ibu dan anak di kawasan gereja Gaza

SEORANG ibu dan anak perempuannya yang beragama Kristian ditembak mati tentera Israel di kawasan gereja Katolik di Bandar Gaza, pada Sabtu, kata Latin Patriarchate of Jerusalem.

“Sekitar tengahari (1000 GMT) hari ini, seorang penembak hendap IDF (tentera Israel) membunuh dua wanita Kristian di dalam kawasan Holy Family Parish di Gaza,” di mana keluarga Kristian berlindung sejak konflik Israel-Hamas tercetus, kata patriarchate dalam satu kenyataan.

“Nahida dan anak perempuannya, Samar, ditembak mati ketika berjalan ke Sister’s Convent. Seorang daripada mereka ditembak mati ketika cuba membawa mayat seorang lagi ke tempat selamat,” tambahnya.

Tujuh orang lain dicederakan oleh tembakan ketika cuba melindungi yang lain, kata kenyataan lagi.

Menurut agensi akhbar Vatican, memetik Pierbattista Pizzaballa, Latin patriarch of Jurusalem, mangsa adalah wanita warga emas dan anak perempuannya.

Diminta memberi ulasan, tentera Israel berkata mereka sedang meneliti kejadian itu, yang berlaku di kawasan satu-satunya gereja di Tebing Gaza.

Partiarchate berkata tiada amaran diberikan sebelum tembakan bermula, menambah: “Mereka ditembak dengan kejam di dalam kawasan gereja, tanpa provokasi atau konflik di sini.”

Dalam kenyataan sama, gereja turut melaporkan tiga peluru ditembak kereta kebal Israel turut mengenai gereja, memusnahkan jentera dan bekalan bahan api dan memusnahkan bangunan diduduki 54 orang kurang Upaya.

“54 orang kurang upaya kini tiada tempat tinggal dan tanpa akses kepada mesin bantuan pernafasan yang diperlukan sebilangan mereka untuk terus hidup,” tambahnya.

Menurut agensi media Vatican, serangan itu mencederakan tiga orang.

Diplomat kanan Itali, Antonio Tajani, mengeluarkan “rayuan kepada Kerajaan Israel dan tentera untuk melindungi rumah ibadat penganut Kristian.”

“Ini bukan tempat pengganas Hamas bersembunyi,” katanya di X.

Serangan Israel ke atas Gaza kini sudah membunuh 18,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – AFP, 17 Disember, 2023.

DAH BERAPA

RIBU GUGUR ?

AMIN

ANGKA TERUS

BERTAMBAH

AMIN

PERANG TERUS

ALANG ALANG MATI

BIAR

ISRAEL RUNTUH

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: