Sabtu, 1 April 2023

DUIT UNTUK PERANG



IMF lulus pakej pinjaman Ukraine AS$15.6 bilion

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pakej sokongan AS$15.6 bilion kepada Ukraine bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang dilanda konflik itu.

Pencerobohan Russia memusnahkan ekonomi Ukraine, menyebabkan aktiviti menguncup 30% tahun lalu, memusnahkan banyak stok modalnya dan meningkatkan kadar kemiskinan, menurut IMF.

Program Kemudahan Dana Lanjutan 48 bulan diluluskan oleh lembaga dana bernilai kira-kira AS$15.6 bilion.

Ia sebahagian daripada pakej sokongan keseluruhan bernilai AS$115 bilion terdiri daripada pelepasan hutang, pemberian dan pinjaman oleh institusi pelbagai hala dan dua hala.

Timbalan Pengarah Urusan IMF Gita Gopinath dalam satu kenyataan berkata program baharu empat tahun itu bertujuan menunjang kestabilan makroekonomi dan kewangan serta melaksanakan pembaharuan struktur kritikal ketika perang berterusan.

Daripada jumlah keseluruhan diluluskan IMF, AS$2.7 bilion adalah bantuan segera untuk Ukraine dengan baki dana akan dikeluarkan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Beliau berkata lebih banyak pembaharuan struktur untuk menyokong pertumbuhan yang mampan dan pembinaan semula selepas perang, serta memudahkan laluan Ukraine ke penyertaan Kesatuan Eropah (EU).

Program itu juga termasuk jaminan tambahan daripada beberapa ahli IMF jika peperangan aktif berterusan melebihi anggaran semasa pertengahan 2024.

Jika konflik semasa berterusan hingga 2025, ia akan meningkatkan keperluan kewangan Ukraine daripada AS$115 bilion kepada sekitar AS$140 bilion, kata IMF. – AFP, 1 April, 2023.

SENJATA &  DUIT

AKAN MEMANJANG

PERANG  UKRAINE

AMIN

PROJEK PERANG

UNTUK

LEMAHKAN RUSIA

AMIN

LAGI LAMA

LAGI BAIK

AMIN

DUNIA JADI

HURU HARA

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Duit, Senjata dan Perang. Kita Duit habis, Senjata ntah mana ilang .. tu sebab bangsa ku LARI sebelum perang .. yang memula lari kepala negara ..kahkahkah