Sabtu, 1 April 2023

KONPIRASI KAPITALIS


Polis kesan pemilik kenderaan tabur paku di jalan raya

POLIS Perak sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah.

“Polis menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 atau Bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05-3629050.

Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan. – Bernama, 1 April, 2023.

WOIT

ADA KERJASAMA

DENGAN KEDAI

JUAL TAYAR &

KEDAI REPAIR

AMIN

DULU ADA KES

CURAH  MINYAK

ATAS JALAN

BAGI KERETA

TERBABAS

INI KERJA TIM

TARIK KERETA

AMIN

OH ! MALAYSIA KU

INILAH NEGARAKU

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh la tukar tuib