Khamis, 5 September 2024

JADI DIRI SENDIRI


JADI

DIRI SENDIRI

AMIN



Unknown commented on
 "RASUAH MENJADI JADI"

Jangan lah mengata orang kita, rasuah ini bukan perkara baru, sudah lama sejak kerajaan melayu Melaka dahulu sudah ada rasuah, sudah ada cium tangan, sudah ada hasad dengki, sudah ada bodek membodek untuk jawatan untuk pingat untuk kedudukan, ini biasa diteruskan oleh cucu cicit sahaja, apa nak hairan, tetiba nak jadi Jepun, tetiba nak jadi macam Arab, tetiba nak jadi macam orang Korea, tak boleh, jangan cuba tiru budaya orang lain,

jadi sendiri sahaja sudah, jadi melayu, jadi sakai tak apa, sudah diketahui umum, tak payah berlakon pakai jubah, janggut, serban kopiah putih, kopiah hitam semuanya tak payah, pakai baju melayu pakai sampin pakai kain pelikat itu budaya sendiri, tengok Pak Madanon setiap hari pakai baju melayu ke hulu ke hilir, cuma tak bawa keris, tombak, parang saja, lain semua cukup capal ada,

 kena belajar lah sejarah salah silah, ketahui asal usul, tak payah copy paste budaya orang lain, makanan tak apa, boleh claim orang punya cuma tukar nama kah kah kah Hokkien Mee boleh, char Koey Teow boleh, apom boleh thosai boleh putu piring pun semuanya boleh orang tak marah, sebab copy paste lebih baik dari mengaku alim ulama mufti guru agama kah kah kah

Tiada ulasan: