PRK Mahkota cetus kebangkitan rakyat tolak Kerajaan Perpaduan – Idris
KLUANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan menjadi titik kebangkitan rakyat menolak Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, gelombang kebangkitan tersebut akan bermula di DUN Mahkota sebelum disemarakkan dengan semangat itu berterusan hingga menjelang PRU-16.
Jelasnya, walaupun keputusan tersebut hanya melibatkan pengudi DUN Mahkota, signifikannya besar kerana mewakili seluruh rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.
“Ia mewakili 32 juta rakyat Malaysia untuk melihat gelombang rakyat dan terus semarak dan membakar semangat untuk pastikan kepimpinan negara bertukar kepada Perikatan Nasional (PN).
“Harap pengundi PRK DUN Mahkota buat Keputusan yang baik dan tepat. Harapan besar undilah Coach Haizan (calon PN), tak rugi pilih, beliau orang yang berperwatakan dan berpengaruh. Penting untuk anak muda beri (undi) dan buat keputusan terbaik Sabtu depan (hari mengundi),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Dr Sahruddin Jamal dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.
Mengulas lanjut, Idris percaya anak muda dapat melakukan perubahan termasuk dalam PRK DUN Mahkota dan perkara tersebut sudah dilakukan mereka sebelum ini.
Katanya, mereka paling mudah menerima perubahan kerana kebanyakannya tidak mempunyai pegangan atau menyertai parti politik sekali gus senang berlaku kebangkitan orang muda.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.-
3 ulasan:
Pilih kerajaan pas peliwat ke? Adakah meliwat sah serta dilesenkan oleh pas?
Woit woit woit bodoh sekelian, jaga rumah sendiri, rakyat seksa air masuk rumah, pokok jatuh atas kereta, ribut datang seluruh bumbung terbang, tanaman ternakan mati kena banjir kilat, harta benda rosak semuanya tak dapat selesaikan lagi, tak siap siap lagi kerja engkau orang bodoh, entahlah nak kata apa lagi, selepas pilihanraya kerja lah sedikit memang tahu engkau orang pemalas dalam darah daging lagi, makan kuat komisen sampai kuman rasuah dalam badan, tetapi boleh tak fokus rakyat sendiri dahulu, ini anak anak kena sondol belakang pun buat senyap menyap, pasal stokin heboh seluruh dunia, pi lah mampus sekali kah kah kah
ini dinamakan perang saiko...jadi nnti berbondong bondong lah netizen yg gila like, yg gila nak buat posting, yg gila nak berkomen, yg haram apa bala yellow pun tak reti.....mcm org gila akan buat kerja!
Catat Ulasan