Isnin, 8 Disember 2025

MACAM CERITA NABI MUSA



Bayi tiga bulan ditemui tersangkut di pokok selepas banjir

AGAM: Dalam tragedi banjir yang menghancurkan Desa Selaras Air Timur, Palembayan, Agam pada 27 November lalu, muncul kisah luar biasa yang menyentuh hati seluruh masyarakat Indonesia.

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Fathan, ditemui masih bernyawa selepas tersangkut pada sebatang pokok — menjadikannya satu-satunya ahli keluarga yang terselamat.

Fathan tinggal bersama ibu, ayah, nenek, bapa saudara, ibu saudara serta seorang abang — tujuh orang keseluruhannya.

Rumah mereka yang terletak di tepi Sungai Selaras hanyut sama sekali apabila limpahan air deras dan serpihan runtuhan memusnahkan kawasan itu dalam sekelip mata.

Menurut Ketua Kampung Selaras Air Timur, Ahmad Fauzi, semua ahli keluarga Fathan maut dalam bencana terbabit.

Ketika operasi kecemasan dijalankan dalam kegelapan malam, pasukan penyelamat menemui seorang bayi yang tersangkut pada sebatang pokok. Keadaannya benar-benar ajaib," kata Fauzi ketika ditemui pada 3 Disember.

Penduduk kemudian menggelar bayi itu dengan jolokan 'Titipan Tuhan', simbol harapan yang muncul di tengah kehancuran.

Kini Fathan menjadi yatim piatu tanpa sebarang ahli keluarga terdekat.

Ketika penduduk masih bergelut dengan kehilangan dan ketidakpastian, Fathan kini menjadi pengikat harapan desa. Dia dirawat dan dijaga oleh komuniti yang berikrar untuk memastikan masa depannya terpelihara.

Kisah Fathan bukan sekadar catatan duka, tetapi menjadi peringatan mendalam mengenai pentingnya kesiapsiagaan menghadapi perubahan iklim dan risiko bencana yang semakin tidak menentu.

CERITA AJIAB

KESAH YANG

AKAN JADI

INGATAN SEJARAH

BERKURUN KURUN

AMIN

KITA DOAKAN

FARHAN SEHAT

UNTUK

 MENYAMBUNG

ZURIAT KELUARGA

AMIN

Tiada ulasan: