PAGI INI
PAGI INI
SENIN 8 DISEMBER 2025
PERANG
EROPAH DAN PERANG
Nampaknya bahaya Perang Besar di Eropah makin menjanjikan. Perang Ukraine yang dah masuk 4 tahun masih belum selesai.
Keadaan Ukraine masih nazak – Kini Amerika mengundur diri. Kerja jahat ini di ambil oleh UK, German dan France. Tiga negara ini klim diri mereka THE COALATION OF THE WILLING – Untuk gua ini Kumpulan Geng Bangang.
Tiga negara ini bodoh bingung dan bangang – ekonomi negara makin runtuh. Ada dana beri berbilion dolar untuk Ukraine - walhal soldadu Ukraine dah tak sanggup nak berlawan.
UKRAINE DAH KALAH – mimpi untuk Putin di jatuhkan hanya mimpi tak jadi – Rusia walau pun di sekat ekonomi gila-gila tapi masih gah. Rusia masih kukuh tidak goyang.
Jalan damai di sabotaj oleh Eropah – yang amat jelas penamatan Perang Ukraine ini BUKAN DENGAN DIPLOMASI tapi akan DI TENTUKAN DI MEDAN PERANG- Amin
BANJIR
Ribut taufan bermula di Filipina ke Hong Kong ke Vietnam membawa hujan lebat di wilayah Asia Tenggara. Sri Langka, Siam, Indonesia dan kita BANJIR – ini belum pernah terjadi.
Ini tanda paling jelas perubahan iklim dan pemanasan dunia.
TRUMP dan KUNCU-KUNCU masih tidak percaya akan pemanasan dunia. Amerika dan China dua negara ini pembakar fosil terbanyak. China kini sedang berusaha gigih untuk mengurang. Tahniah China! Tapi PUKI MAK Amerika enggan.
TANAH JAJAHAN AMERIKA
Amerika sedang bersiap sedia untuk menyerang Venezuela. Negara ini ada minyak – dalam bumi Venezuela ada bahan bakar petroleum terbanyak dalam dunia – lebih dari apa yang ada di Iran dan Saudi. Maka Venezuela wajib di jadikan tanah jajahan oleh Amerika.
RUSIA
Strategi Rusia kini sejalan dan seiring dengan Amerika. Negara Kesatuan Eropah di kritik oleh dokumen baru Strategi Pertahan Amerika.
ISRAEL
Setanyahu minta pengampunan dari Presiden Israel. Jika di ampun Setanyahu akan terus aktif dalam politik. Macam Zahid Setanyahu ada kes RASUAH.
INDONESIA
Banjir meragut nyawa satu keluarga. Tetapi seorang bayi dari keluarga ini tersangkut atas kayu dan selamat. Beria bayi bernama FARHAN heboh satu Indonesia.
UKRAINE
Rundingan Amerika dengan Ukraine untuk cari jalan damai jumpa jalan buntu.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit berawan putih. Matahari belum keluar. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di Pintu Masuk dalam sawah rumput yang makin panjang Cengkerik bersimponi. Tekukur seperti biasa berlagu.
Siti anak beranak datang makan. Pagi ini Emak juga datang sama – lebih ramai datang makan dari kemarin.
Siti ini ikut kami berjalan ke Wakaf Tiga – dah jadi mesra. Siti nak berkawan mesra dengan Ezi – Ezi menderam.
Satu kumpulan Perling melintas. Tapi bila Keng Keng terbang melintas satu Hokkien terdengar suara burung ini.
Hari ini akan panas. Di balkoni gua cahaya matahari dah sampai. Gua harap macam kemarin tak hujan. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN
BRO
Lu berbuat baik pasti ianya tidak sia-sia.
BRO
Kehidupan ini adalah seni. Hargai kehidupan in. Kita hidup hanya sekali.
BRO
Jika lu berani – lu mencuba dan lu berusaha pasti lu berjaya! Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan