Jumaat, 24 April 2015

DEWAN PEMUDA PAS






KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
23 APRIL 2015

PERMATANG PAUH: MEDAN PROTES RAKYAT, JANGAN BOIKOT


JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK menggesa seluruh jentera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu gerak kerja pilihanraya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada negeri Perak yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Pemuda PAS Perak berharap semua dapat wala' kepada keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kita bertugas di Permatang Pauh.

Harus diingat, PAS mempunyai satu kerusi di dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Dun Permatang Pasir dan gerak kerja ini adalah salah satu usaha mengekalkan kemenangan PAS Dun itu.

Kami tidak mahu mana-mana pihak membuat keputusan dan tindakan melebihi apa yang diputuskan oleh PAS Pusat sebaliknya mengikut sahaja arahan yang telah dikeluarkan.

Dewan Pemuda PAS Perak beranggapan PRK Parlimen Permatang Pauh adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan bantahan serta kemarahan mereka terhadap perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kekecewaan yang sedang dirasai perlu dimanifestasi dalam bentuk undi sebagai isyarat kepada BN agar tidak mudah untuk sewenang-wenangnya menjerut rakyat.

Pengundi di Permatang Pauh adalah wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan kuasa yang ada menolak BN yang gagal mentadbir dengan baik hatta menambahkan lagi derita rakyat khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kami berpandangan, BN sememangnya takut dengan suara rakyat dan rakyat pula tidak seharusnya takut untuk memberi amaran kepada pemerintah agar lebih menghormati hak serta suara mereka.

Walaupun keputusan di Permatang Pauh nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ianya adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Najib Razak di mata rakyat.

Undi kepada Pakatan Rakyat juga adalah sebagai solidariti terhadap Anwar Ibrahim yang kini disumbat dalam penjara atas tuduhan yang sangat tidak masuk akal.

Terus Beristiqamah

USTAZ MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Pengarah Jabatan Pilihanraya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak




----------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua melayu PAS bahalol,budak negeri teman haruslah bijak..attee. Tp bukan yg itu yg teman nk kabo,pasal Kwsp ni..ni perang saraf ketuanan,deme saja umum nk naik had umur pengeluaran 60,biar rakyat bising lupa Gst..semua susah hati, najib pulak kat kazakhstan pi kenduri entot anak..balik2 terus umum xda perubahan 55 tahun jugak, semua Happy ending..mcm si kulombia dapat entot. Rakyat lega,lupa 1 mei ni.. Kita lawan jugak, 1juta mesti turun. Mungkin ikang sardin byk kat utara,jd tuang presideng dh pandai sikit.. Presideng suruh tolong bantu P 044,budak Pas bantu lah..yg bahalol biaq pi depa. Nyata,ramai yg pandai mcm ustaz Fakhrulrazi.. Syabas!

Apa punya pandai..

Amuraria berkata...

hanya kes kecik depa nak boikot kes lagi besar lupa malaun-malaun karat biru sedng usaha matian untuk pecahkan kesatuan umah parti islam , jangan lupa depa sedang gelak ketawa tergolek dog ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah

Ustaz Perak ini Bijak

Ustaz Perak ini nampak BIG PICTURE

Ustaz Perak ini ada OTAK BESAR

Ustaz Perak ini Bukan Bahalol

Ustaz Perak ini lebih Kepimpinan dari Presiden BODOH si Hadi Nelayan

Persoalan sekarang , macsm mana orang orang PAS boleh jadi BODOH pilih Presiden Oramg BODOH ?

Ini kena tanya Tun Mahathir

Tanpa Nama berkata...

bravo Ust Mohd Fakhrulrazi.......
tetapi dijangkakan perangai sikurus yusni mat piah tidak akan beruhah.......
jahat seperti berlaku pilihanraya di nibong tebal..........
apa punya kurus..............
kah...kah...kah.....

Tanpa Nama berkata...

Yang ini bagus. jangan ikut sibodoh yg keluarkan statement utk boikot PKR..ingat dia tu maksum ke...tak berdosa...org lain aje tak betul...yg enting hapuskan Umno yg zalim dan sombong itu..

Tanpa Nama berkata...

Yang ini bagus. jangan ikut sibodoh yg keluarkan statement utk boikot PKR..ingat dia tu maksum ke...tak berdosa...org lain aje tak betul...yg enting hapuskan Umno yg zalim dan sombong itu..

Tanpa Nama berkata...

pas sudah pening dan memeningkan.... presideng cakap lain, timb dan naib cakap lain, akar umbi cakap lain, tak tau siapa nak percaya. parti islam tu

Tanpa Nama berkata...

Untung ustad2 UG no... depa pandai bahasa arab, di akhirat nanti senang depa berhujah dengan Allah kena mereka buat PAS jadi macam sekarang dan sebab2 dibolehkan untuk depa khianati harapan dan amanah rakyat kepada depa.



Depa rasalah depa boleh hujah mcm tu depan Allah kot... mungkin masa belajar dulu ustad UG punya ustad punya ustad punya ustad dia langkau chapter tentang bab lidah dikunci dihadapan Allah hanya anggota badan yang lain akan jawab.