Khamis, 16 April 2015

NAJIB DISERANG MEDIA BARAT





 
Majalah Economist Dari UK Mengatakan Bahawa Inilah Masa Yang Sesuai Bagi “Kerajaan Samseng” Malaysia Pimpinan Najib Untuk Berhenti
Reputasi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, di peringkat antarabangsa pada hari ini dilihat menjunam dengan terbitnya sebuah artikel dari majalah paling berpengaruh Britain.

Majalah The Economist secara tradisinya merupakan pencetus minda dan daya penggerak ekonomi di UK.

Dalam edisinya minggu ini komentari kedua terbesar itu, yang bertajuk “Repression in Malaysia” telah memfokuskan pada apa yang dikatakannya sebagai “ketidak-sinambungan” antara kata-kata liberal PR Najib dan sifat sebenar “kerajaan samsengnya”.

Ianya merupakan kecaman secara terbuka dan langsung yang diluahkan oleh sebuah pemimpin media antarabangsa yang dirakamkan dalam journal barat.
Majalah The Economist telah menilai tanpa berbelah bagi terhadap Kerajaan Malaysia masa kini dan membandingkannya dengan PR Najib yang mahal-mahal yang dihebahkannya sebagai ‘sebuah negara demokrasi moden pelbagai kebudayaan’ dengan aksi-aksinya yang terkini.

Majalah itu merumuskan bahawa inilah masanya dunia harus menolak gambaran modenisasi sederhana yang sering dipersembahkan oleh para pemutar cerita Najib dan dia harus mengakui bahawa sudah terdapat usaha kekerasan digunakan terhadap musuh politiknya, memainkan politik perkauman untuk kepentingan politiknya dan ianya juga terlalu korup.

Undang-undang anti-keganasan (yang telah diluluskan pada lewat petang secara rahsia) telah ditegaskan sebagai suatu langkah untuk menekan semua pengkritik domestiknya.


Majalah The Economist pula menasihati Presiden Obama kerana “menyokong” imej progresif PR Najib, sementara kerajaan Malaysia telah dan sedang menganiaya, membuli dan memenjarakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai alasan politik liberal yang tulen.

Majalah itu turut menunjukkan pada penipuan semasa setiap pilihanraya, skandal kewangan negara dalam 1MDB dan penggubalan semula undang-undang penahanan yang represif di mana Najib Razak begitu bangga dan megah bahawa dia akan memansuhkannya sebagai asas keperluan bahawa Presiden Obama tidak akan menyentuh agenda permainan golf bersama PM Malaysia di masa-masa akan datang, tetapi terpaksa membatalkan lawatannya ke Washington.

“Nagara-negara rakan Malaysia harus dijelaskan keadaan sebenar ini. Mereka harus mengutuk rasuah di Malaysia, kelunturan kebebasan dan politik perkaumannya. Mereka harus menggesa pemansuhan Akta Hasutan dan penahanan tanpa had. Sehingga keadaan pulih, bukan hanya agenda permainan golf harus diketepikan; malah rancangan lawatan PM ke Washington pada tahun ini juga harus dibatalkan,” kata majalah The Economist itu, yang diterbitkan pada 11hb April 2015.
Sila baca artikel sepenuhnya atas talian atau berikutnya.

kerajaan samseng memainkan politik perkauman. najib razak harus berundur

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah memperkenalkan negaranya sebagai sebuah negara model Islam yang sederhana – sebuah negara demokrasi pelbagai kaum dan kebudayaan dan tokoh toleransi.

Dia telah bercakap mengenai usaha memansuhkan undang-undang opresif zaman pemerintah British dan menggalakkan ekonomi yang kreatif. Dalam masa yang sama, para pemutar belit beritanya menjelaskan bahawa ketua mereka itu berhasrat mengalahkan kuasa-kuasa bereaksi dalam parti politiknya sendiri, UMNO, yang telah bertahan pada kekuasaan dan turut dikerumuni kronisme dan politik bersifat samseng.

Presiden Obama telah menyokong sifat ini suatu ketika dahulu. Obama merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama sejak tahun 1966 yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia. Dan pada akhir tahun lepas di Hawaii dia telah menikmati satu pusingan permainan golf bersama Najib. Mereka menjadi mesra. Rumah Putih bergegas menghebahkan mengenai “perkembangan hubungan” antara Amerika dan Malaysia.

Namun inilah masanya untuk mengingat Najib mengenai jurang yang semakin melebar antara cerita yang diputar-belitkan dan berita yang benar dan sahih. Ekonomi negara pula sedang dibelengu skandal 1MDB, sebuah dana pelaburan yang dilancarkan oleh Najib dan kini dibebani hutang mencecah $12 billion. Rekod hak kemanusiaan Malaysia juga sungguh merisaukan.

Tiga tahun yang lalu Najib telah memansuhkan undang-undang koloni yang terlalu kasar, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan penahanan pesalah-pesalahnya tanpa perlu dibicarakan.. Namun pada minggu ini, kerajaan pimpinannya telah memperkenalkannya semula Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan membenarkan saspek-saspek ditahan selamanya. Walaupun akta (POTA) itu digubal khas pada pejuang-pejuang jihad, namun para peguam dan kumpulan-kumpulan siviks boleh menjangkakan pemakaiannya yang sangat luas.
Ini sepadan dengan polanya. 

Gabungan parti-parti politik yang dipimpin oleh Najib menggunakan kedua-dua cara iaitu kekerasan dan juga keadilan untuk membendung pihak lawan politik.

Pada pilihanraya yang terakhir, dalam tahun 2013, gabungan parti Najib telah kalah pada undi popular untuk kali pertama. Namun ianya dapat berpaut pada kekuasaan kerana faktor pensepadanan semula daerah-daerah mengundi. Walaupun selepas itu, ianya tetap mendakwa ketua pembangkang yang berkarismatik, Anwar Ibrahim, yang pada bulan Februari lalu telah dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan liwat. Kritikan orang-orang Amerika hanya bersifat acuh tak acuh sahaja.

Beberapa tahu yang lalu bilangan aktivis dan tokoh-tokoh pembangkang yang ditahan semakin bertambah di bawah Akta Hasutan, sebuah lagi undang-undang zaman koloni yang pada asalnya digunakan untuk menuntut kemerdekaan. Suatu ketika dahulu Najib telah berjanji untuk memansuhkannya, namun kini ianya diperkuatkan lagi dengan hukuman-hukuman yang lebih berat dan sebuah klausa yang menghalang sebarang pengucapan yang menghina Islam.

Di kalangan mereka yang telah ditahan di bawah Akta Hasutan adalah para penentang undang-undang hudud, hukuman berat dan mandatori, termasuk hukuman rejam jika didapati bersalah melakukan liwat, seperti yang terdapat dalam undang-undang Islam. Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, namun orang-orang Islam dari parti pembangkang ingin memperkenalkannya di negeri tadbiran mereka sendiri, Kelantan. Kerajaan BN-UMNO tidak menggemari idea pelaksanaan hudud, namun secara senyap-senyap menereka menyokongnya sebagai suatu helah untuk memecahkan pakatan pembangkan, Pakatan Rakyat, yang sedang berjuang tanpa Anwar Ibrahim.

Dengan menggalakkan semangat Islamis, kerajaan BN-UMNO dilihat kian meniup api perkauman dan pembezaan anutan agama dalam sebuah negara bermajoriti Melayu (dan Muslim) dengan kaum minoriti Cina dan India yang besar. Dalam pergolakan politik perkauman tahun 1969, Malaysia hampir berpecah. Memainkan sentimen perkauman adalah merbahaya bagi sebuah negara yang dihuni pelbagai kaum, kebudayaan dan agama. Untuk membaiki masa depan UMNO, Najib harus membaikpulih hubungan dengan kaum Cina dan India.

Nagara-negara rakan Malaysia harus dijelaskan keadaan sebenar ini. Mereka harus mengutuk rasuah di Malaysia, kelunturan kebebasan dan politik perkaumannya. Mereka harus menggesa pemansuhan Akta Hasutan dan penahanan tanpa had. Sehingga keadaan pulih, bukan hanya agenda permainan golf harus diketepikan; malah rancangan lawatan PM ke Washington pada tahun ini juga harus dibatalkan.

-------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

najib mat bureet............
wajib disepak terajang tendang..........
jgn tunggu nasihat the economist......
anak muda akan lakukan.............
kah...kah...kah......

Awanama berkata...

Keturunsn RAZAK sudah kira macam lahanat dah

Apa sudah jadi ????

Tak ada Melayu nak guna nama Razak lagi