Jumaat, 2 Mac 2018

KONSPIRASI GLOBAL TERAJANG NAJIB





GUA UDAH BILANG

LU TAK CAYA

ADA KONSPIRASI

GLOBAL

TERAJANG NAJIB

AKHBAR WSJ 

BOCORKAN

CHINA TEMBAM

NAK BERI RASUAH




Sekutu Trump minta RM295 juta untuk hentikan siasatan 1MDB, lapor WSJ


PENGUMPUL dana terkenal Republican yang rapat dengan Presiden Donald Trump didapati meminta sehingga AS$75 juta (RM295 juta) daripada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho untuk memastikan Amerika Syarikat (AS) menghentikan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Wall Street Journal (WSJ) malam tadi.

Akhbar harian AS itu mendedahkan berita itu menerusi semakan terhadap cache emel daripada Elliott Broidy, sebuah pemodal teroka yang juga menderma kepada Republican sejak sekian lama, serta isterinya, Robin Rosenzweig, seorang peguam  .

“Mesej itu termasuk draf perjanjian antara firma guaman Rosenzweig dan wakil Low berkenaan terma yang mungkin digunakan dalam perjanjian perniagaan mereka. Dalam satu draf, terdapat cadangan yang termasuk bayaran AS$75 juta jika Jabatan Kehakiman (DoJ) dengan segera menggugurkan siasatannya,” kata akhbar itu dalam satu laporan online.

WSJ berkata emel itu “membincangkan penubuhan kontrak rundingan dengan Jho Low", nama popular kepada ahli perniagaan itu. Beliau menjadi tumpuan dalam skandal 1MDB, yang membawa perhatian kepada penggerak utama dana itu, Perdana Menteri Najib Razak.


Kedua-duanya, Najib dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam skandal yang melanda 1MDB, yang kini dikendalikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

“Bersama draf kontrak itu, emel itu juga menunjukkan Broidy menyediakan nota percakapan untuk perdana menteri Malaysia sebelum lawatannya ke Washington pada 2017 dan ia termasuk pertemuan dengan Trump dan pegawai rasmi lain.

“Dalam nota percakapan itu, perdana menteri berkenaan dinasihatkan untuk menyatakan bahawa Malaysia mahu menekankan tentang usahanya bersama AS dalam berdepan dengan Korea Utara, sementara turut menentang tuntutan undang-undang AS berhubung perkara 1MDB.

“Ia kurang jelas jika perkara berkenaan terdapat dalam nota percakapan itu,” lapor WSJ. Najib melawat Trump di White House pada September lalu.

Butiran lanjut usaha kononnya untuk mempengaruhi siasatan DoJ itu termasuk cache e-mel daripada Broidy dan akaun emel isterinya yang diberikan kepada akhbar itu, kata WSJ.

Ia menyatakan Broidy yang sebelum ini pernah menjadi naib pengerusi untuk dana bersama kempen Trump dengan parti Republican pada 2016, membantu ia mengutip lebih AS$108 juta, menambah penderma Republican itu memberi lebih AS$160,000 tahun lalu kepada Jawatankuasa Kebangsaan Republican, di mana beliau pada masa ini ialah timbalan pengerusi kewangannya.

WSJ berkata Chris Clark of Latham & Watkins LLP, bagi pihak Broidy dan isterinya yang mengendalikan Colfax Law Office Inc., dalam satu kenyataan berkata firma guaman Rosenzweig dilantik oleh Pras Michel, ahli kumpulan hip hop era 1990-an, Fugees dan juga rakan kepada Jho Low, untuk “memberikan nasihat strategik sebagai sebahagian pasukan lebih besar kepada Low”.

“Sepanjang pelantikan itu, beberapa strategi dibincangkan dengan Broidy, Michel dan ahli lain dalam pasukan itu. Tetapi tidak pernah Broidy atau Rosenzweig, atau sesiapa yang lain bertindak bagi pihak mereka, membincangkan kes Low dengan Presiden Trump, mana-mana kakitangannya, atau sesiapa di DoJ,” kata kenyataan itu kepada WSJ.

Clark berkata Colfax Law atau Broidy tidak pernah mewakili Malaysia atau mana-mana pegawai rasminya “dalam apa juga kapasiti”.

“Kami bimbang Wall Street Journal memiliki draf dokumen dalaman yang tidak pernah digunakan, dan tidak pernah berniat untuk dikongsi dengan pihak ketiga,” katanya.

“Kami mempersoalkan kesahihan dan kesesuaian cara di mana dokumen itu diperoleh.”

Tetapi emel yang dilihat oleh WSJ tidak menunjukkan sama ada firma Rosenzweig memuktamadkan terma persetujuan dengan Jho Low.

DoJ enggan memberi komen kepada WSJ.

Jho Low tidak memberi respons kepada permintaan WSJ untuk mendapatkan komennya tetapi seorang jurucakap memberitahu The Malaysian Insight bahawa ahli perniagaan itu tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian atau membayar apa-apa kepada pasangan itu.

1MDB menafikan berlaku penyelewengan dalam syarikat itu dan berkata ia akan bekerjasama dengan mana-mana siasatan yang berlandaskan undang-undang. Beberapa siasatan di Malaysia berkenaan 1MDB ditutup selepas didapati tidak berlaku salah laku.

DoJ memfailkan dua tuntutan saman, mendakwa Jho Low membantu menyelewengkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion daripada 1MDB, antara 2009 dan 2015, untuk dirinya sendiri dan individu lain yang antara lain bagi membeli rumah mewah di AS, berhibur di kelab malam Las Vegas dan membiayai filem Hollywood.

Sejak pertengahan 2016, DoJ memohon menerusi tuntutan sivil di California untuk merampas aset berjumlah hampir AS$2 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang curi itu.

Pada Rabu, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar bernilai AS$250 juta di Bali selepas menerima permohonan daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Kapal layar itu dikatakan milik Jho Low. – 2 Mac, 2018.


CERITA NI

DAH LAMA  WUJUD

TAPI

SENGAJA

DIBOCORKN

SEKARANG

UNTUK MAKSIMUM

IMPAK BANTU

PAKATAN 

TERAJANG

NAJIB


------------------------

Tiada ulasan: