Kenyataan Media | 01 Mac 2018
JIKA 1MDB BAGUS MALAH
DIAGUNG-AGUNGKAN,
MENGAPA PERLU DITUTUP?
Saya ambil maklum kenyataan oleh Pengerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tuan Haji Mohd Irwan Serigar Abdullah yang menyatakan bahawa syarikat 1MDB akan ditutup sebaik sahaja semua hutang firma itu berjaya diselesaikan.
Isu 1MDB menjadi hangat setelah syarikat yang milik penuh kerajaan itu dikatakan mengalami kerugian hampir RM42 bilion.
1MDB perlu membayar sejumlah kira-kira AS$600 juta (RM2.43 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) sebahagian perjanjian penyelesaian yang dipersetujui pada April tahun lalu. Sampai bilakah hutang-hutang 1MDB ini boleh diselesaikan sepenuhnya?
Sudah pasti selama ini rakyat inginkan kepastian, apakah bentuk perniagaan 1MDB dan berapa sebenar jumlah kerugian terkumpul syarikat kontroversi ini.
Jika 1MDB itu sendiri rugi dan kemudian ditutup itu cerita lain tetapi 1MDB sendiri memiliki skandal paling besar dan paling terkenal di seluruh dunia. Adakah 1MDB hanya ditutup begitu sahaja tanpa disiasat sepenuhnya?
Sudah terlalu banyak perkara atau isu yang meragukan tentang 1MDB telah disiasat oleh negara-negara lain. Mengapa di dalam negara sendiri hanya didiamkan sahaja?
Saya menggesa satu audit forensik atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat dibentuk bagi melihat sejauh mana kebenaran sebenar apa yang diniagakan oleh 1MDB kononnya sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik negara.
Setiap kegagalan mempunyai punca dan sebabnya tersendiri, 1MDB perlu telus kerana setiap rakyat di negara ini wajib tahu. Amat memalukan seandainya Parlimen terus dimalukan dengan jawapan bohong lagi mengelirukan yang diberikan oleh pihak kerajaan hanya demi menutup malu dan kesilapan yang dilakukan oleh 1MDB
YB Aminuddin Harun
ADUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan
Negeri Sembilan
----------------
3 ulasan:
Sekoq lg malaon terpaksa jd BODOH sbb nak pertahankan najib
Kita wajib buru, kejar, tangkap, pakai baju oren, pakai gari dan dakwa sekor demi sekor penjenayah 1MDB walaupun depa ditutup atau ditudungneelofakan.
Fitnah (penipuan atau penyelewengan) terbesar datang dari sebelah Timur. 1MDB ini mungkin telah diramal Nostradamus sebagai tanda Apocalypto dan Hadis Nabi SAW tentang tanda Qiamat? Tok Mufti kena bincang perkara ini berbanding ajak rakyat bincang pasal tudung penutup kopek Neelofa sahaja.
Catat Ulasan