KETUA POLIS NEGARA PERLU EKSTRADISI JHO LOW SEGERA
1. Laporan semalam bahawa kapal mewah ‘Equanimity’ milik Jho Low penjenayah paling dikehendaki di dunia telah dirampas di Bali, Indonesia adalah perkembangan positif siasatan skandal berskala mega 1MDB. Rampasan ini adalah berita baik buat rakyat Malaysia kerana siasatan terhadap kecurian wang negara hampir RM20 bilion tidak berhenti. Namun, ia mimpi ngeri buat sang penguasa di Putrajaya yang cuba melindungi Jho Low hingga kekal bebas ke saat ini. Akhirnya, kapal mewah buruan dunia ini tumpas di tangan polis sang garuda dan bukannya polis sang harimau belang.
2. Syabas dan setinggi penghargaan buat Presiden Indonesia Jokowi dan pasukan polis Indonesia bersama Biro Penyiasatan Khas (FBI) di atas kejayaaan ini. Najib dan Polis Malaysia sehingga kini masih gagal mengesan Jho Low walaupun sudah bertahun perbuatan jenayah Jho Low didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Tempoh pemantauan 8 hari yang diambil polis Indonesia sebelum merampas kapal mewah tersebut menunjukkan kecekapan dan komitmen pihak berkuasa Indonesia yang tidak berkompromi dengan jenayah hasil reform tadbir urus negara tersebut.
3. Rampasan kapal tersebut yang dilaksanakan bersama FBI juga menunjukkan bahawa siasatan pihak antarabangsa semakin digiatkan. Tindakan ini jelas bertentangan dengan tindakan pihak autoriti Malaysia samaada badan kehakiman, Polis, SPRM dan Peguam Negara seolah-olah telah menutup kes 1MDB.
4. Di samping itu, menurut kenyataan Profesor Undang-undang Antarabangsa Indonesia Hikmahanto Juwana bahawa terdapat wang tunai yang dijumpai di dalam kapal tersebut menimbulkan pelbagai persoalan umum termasuk samaada ia satu usaha membawa masuk wang ke negara ini bagi memenuhi kepentingan pihak yang mempunyai kaitan dengan penyelewengan 1MDB. Apatah lagi PRU Ke-14 hanya menunggu masa sahaja. MO1 pernah menyatakan pada awal tahun 2016 bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian beliau digunakan untuk tujuan PRU Ke-13 yang lalu.
5. Justeru, Ketua Polis Negara digesa bertindak dengan penuh integriti dalam menegakkan keluhuran undang-undang. AMCJL menggesa Ketua Polis Negara mendapatkan kerjasama kerajaan Indonesia bagi mengesahkan samaada Jho Low berada di Indonesia ketika rampasan dilakukan. Jika Jho Low berada di Indonesia sekarang, beliau seharusnya dikesan dan ditangkap untuk diekstradisi ke Malaysia di mana Malaysia mempunyai Perjanjian Ekstradisi dengan Indonesia.
6. Tangkapan ke atas Jho Low amat penting bagi membolehkan siasatan jenayah dimulakan di negara ini supaya skandal 1MDB ini diselesaikan dan tadbir urus negara dibaiki serta ekonomi negara dipulihkan.
FAIZ FADZIL
JURUCAKAP AMCJL
(ANAK MUDA CARI JHO LOW)
-----------------
2 ulasan:
Kalau Jho Low tidak melakukan kesalahan, mengapa dia hidup sebagai pelarian? Pergilah ke Amerika sana untuk memperjuangkan bahawa dirinya tidak bersalah! Kalau balik ke Malaysia ini pun, Apandi Ali sudah cukup bersedia untuk mensucikan kamu dengan mengatakan semua kesalahan itu sebenarnya telah dilakukan oleh Isyam tt.
Balik la ka malaysia, spt riza aziz dan razak baginda. Org2 tak bersalah tak perlu bimbang di sini. Najib ada
Catat Ulasan