Jumaat, 2 Mac 2018

BAWA PULANG JHO LOW








KENYATAAN MEDIA
1 MAC 2018

Bawa Pulang Jho Low 
Segera Untuk Pengadilan
Semalam kita menyaksikan satu lagi perkembangan terbaru berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila kapal layer Equanimity berharga RM1 bilion yang dibeli dengan dana 1MDB, dirampas.

Pihak berkuasa Malaysia gagal bertindak menegakkan keadilan, berbeza dengan pihak berkuasa Indonesia yang berani bertindak menerusi kerjasama dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas kapal layar terbabit.

Tajuk utama laporan berita Indonesia jelas menyatakan: “Kapal Equanimity Dibeli dengan Uang Hasil Korupsi di Malaysia.”

Rampasan kapal layar Equanimity menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 memberi gambaran apa yang berlaku dengan kemenangan Pakatan: Jho Low dan pelaku konspirasi kleptokrat akan dihadapkan ke muka pengadilan dan segala aset curi yang jumlahnya berbilion ringgit akan dibawa ke Malaysia dan dikembalikan semula untuk membantu rakyat.

Inilah sebabnya saya memfailkan semakan kehakiman tahun lalu terhadap pihak berkuasa Malaysia, iaitu Ketua Polis Negara, bertujuan menahan dan menangkap Jho Low supaya dibawa ke Malaysia dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Usaha ini digagalkan di bawah Kerajaan Persekutuan sekarang. Atas sebab itu, kita perlu mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum akan datang, kerana undi untuk perubahan itu adalah undi untuk keadilan.

MOHAMED AZMIN ALI




----------------

Tiada ulasan: