Khamis, 15 Mac 2018

RASUAH POLITIK WANG








RASUAH

POLITIK WANG

Adakah politik wang merupakan sebuah rasuah?

Tatkala kita mendekat ke PRU-14,  kita menyaksikan musim yang agak ‘bendul’ berlaku dan kehangatan yang dijana dengan tenaga yang terpaksa dibazirkan. Pada waktu yang sama kita mendengar usaha yang mendesak oleh semua parti politik untuk mengutip dana untuk tujuan politik dan ke-pilihanrayaan.

Sejumlah wang yang besar melibatkan jutaan bahkan billion, diperlukan untuk menampung perbelanjaan keperluan politik dan jentera parti, khususnya waktu sebelum PRU14. Yang menyedihkan ialah apabila tidak kita ketahui berapakah jumlah yang sebenar yang dipinta, siapakah yang meminta, berapakah yang diberi dan disumbang dan adakah ia secara paksaan dari penderma dan juga para penyokong parti politik. 

Tidak kita ketahui berapa banyak sumbangan yang dilakukan secara sukarela dan berapa banyak  yang ‘diperah’ keluar daripada golongan berada dan individu berpengaruh, syarikat-syarikat dan dunia koporat, bahkan juga yang diambil dari pihak luar, Negara asing dan multinasional. Soalan-soalan ini di ajukan dengan lebih kerap oleh warga masyarakat Malaysia yang mampu berfikir dan yang di bawah tekanan untuk menderma, terutamanya yang  tidak sesuai dengan kehendak mereka.

1.         Kenapa ada Politik Wang?

Penderma memberi dana politik kerana mereka mengharapkan kemenangan kepada calon yang berpotensi menag dalam pertandingan di pilihanraya yang kemudiannya mampu menuntut hasil pulangan daripada taruhan mereka ini tadi. Apakah pulangan taruhan ini? Ia merupakan budi ihsan, kontrak, lessen yang terpilih, hak-hak esklusif, janji-janji untuk krooni dan banyak lagi kelebihan dan manfaat.

Golongan fakir miskin tidak mampu menyumbang dalam dana politik, hanya yang berada dan golongan korporat, di dalam mahupun di luar Negara mampu berbuat demikian. Nescaya bagi calon yang terpilih, sebagai hasil daripada dana politik dan politik wang, perlu membalas budi dan berhutang budi kepada mereka yang telah menyumbang dan membantu kempen pilihanraya mereka.

2. Apakah Politik Tidak Telus – Tidak Amanah - Rasuah

Rasuah boleh diertikan menyalahgunakan sumber awam atau kuasa am untuk tujuan kepentingan peribadi. Ia merupakan salah guna kuasa yang diamanahkan untuk tujuan mendapat sesuatu demi kepentingan peribadi. Jika seseorang itu memenangi pilihanraya, di peringkat Persekutuan, Negeri mahupun peringkat daerah sekalipun, dan terhutang budi dengan sesetengah penyumbang kewangan, maka ahli-ahli politik seharusnya wajib membalas dengan memberi hak-hak keistimewaan kepada pemyumbang-peyumbang kewangan politik tersebut.
3.Bagaimanakah kita dapat menentang politik rasuah?

Banyak NGO’s, para ahli cerdik pandai, pemimpin masyarakat tempatan, telah berusaha menentang politik wang selama bertahun-tahun lamanya dan semenjak pilihanraya yang lalu. Tetapi kita secara tidak langsung gagal kerana banyak parti politik kebanyakkan tidak menentang budaya politik wang yang teruk ini, dengan ketegasan yang mencukupi. Ini kerana ahli-ahli poitik ini juga ada pelaburan dan niat yang kuat bagi tujuan politik mereka dalam mengawal dan menentang dana politik, disebabkan juga untuk tujuan manfaat dari dana tersebut.  

Kekurangan idea berkaitan dengan apa yang dapat dilaksanakan untuk melawan secara drastic dalam mengurangkan politik wang dan rasuah dalam politik dalam proses pilihanraya.  Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang ditaja Kerajaan bersama dengan bilangan cadangan yang baik diabaikan.  Cadangan khusus untuk mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) juga tidak kemana, kenapa, kerana tiada keinginan politik yang tegas dari semua parti politik.

Maka, para pemimpin semua parti politik harus menanggung kesalahan yang sama. Lebih teruk lagi masyarakat kitz juga turut menanggung rasa khilaf tersebut, kerana kita memberi kesempatan dan peluang kepada sikap endah tak endah untuk menghalang dan mengawal masalah politik wang dan rasuah politik. Anehnya, kita masih lagi bertanya kenapa kedudukan kita jatuh dengan teruk di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Yakni, adakah politik wang merupakan rasuah dan pecah amanah? Ya, saya yakin, seperti masyarakat Malaysia lainnya, politik wang merupakan rasuah dan tidak amanah.  

4.Bagaimanakah kita menentang ketidaktelusan politik?

The Rakyat and the MACC must unite to combat Money Politics and Political Corruption !

Masyarakat harus berganding bahu dengan Agnesi Anti-Rasuah SPRM untuk melawan politk wang dan politk rasuah.Jika pemimpin politik tidak mengambil pendirian yang kukuh dalam mengawal politik wang dan ketidaktelusan dalam politik maka masyarakat yang harus melakukan sesuatu. Masyarakat umum mesti bersatu untuk menentang politik wang bersama dukungan yang kuat dari Agensi Anti-Rasuah SPRM.

Dengan mendekatnya PRU14, kita mampu berkerjasama dengan lebih rapat, untuk memantau jumlah dana politik yang digunakan oleh setiap calon yang bertanding. Kita akan menerima had perbelanjaan sebanyak RM 200 000.00 , iaitu RM 100 000.00 masing-masing bagi kerusi pilihanraya peringkat negeri dan Parlimen. Tetapi jika melebihi daripada jumlah ini dengan ketara maka seharusnya diketahui oleh pihak pengundi seperti kami. Jika perbelanjaan pilihanraya dipantau dan dilihat melebihi atau didapati cuba untuk digunakan untuk membeli undi, maka kita mesti memilih untuk menentang calon yang secara berlebihan dibantu kewangan yang keterlaluan. Kita juga harus melaporkan kepada SPRM dan SPRM diharapkan untuk melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

SPRM juga sepatutnya dalam tugas mereka untuk memaklumkan kepada umum tentang perbelanjaan politik dan calon bertanding yang tidak telus dalam perbelanjaan politik mereka. Hal ini mampu menyebabkan SPRM tercalit dakwat hitam sendir dengan kehilangan kredibiliti mereka. Adalah satu kewajiban untuk SPRM bebas dan telus walaupun tidak tiberi hak sepenuhnya.

Kesimpulan

Politik Wang merupakan rasuah dan ketidaktelusan dan SPRM harus bersama-sama rakyat untuk menentang hal tersebut! PRU 14 akan menjadi titik penentu dalam proses pilihanraya kita. Ia akan memberi cabaran dan juga peluang untuk masyarakat umum dan SPRM dan SPR, untuk memastikan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

Kita harus menentang politik wang dan ketidaktelusan dalam pilihanraya politik untuk mejaga proses piliharaya dan memastikan kemajuan bagi masa depan nasional dan kemakmuran generasi masa hadapan.

Ramon Navaratnam
Chairman Asli 
Center for Public Policy Studies






-----------------------

Tiada ulasan: