Jumaat, 17 April 2026

KOMUNIS TIDAK MENENTANG AGAMA


AJARAN KOMUNIS

TIDAK MENENTANG 

AGAMA TAPI

MENENTANG MEREKA

YG GUNA AGAMA

UNTUK MENINDAS

KHALAS

ARWAH ZARA MATI KERANA APA ?


ARWAH ZARA

KES MATI KATAK

MATI DIBUNUH

INI PERSOLAN YANG

MENUNGGU JAWAPAN

KHALAS

AJARAN KOMUNIS IALAH MELAWAN ZIONIS


AJARAN KOMUNIS

IALAH MELAWAN

ZIONIS

KHALAS

SILAP BENDERA ATAU SENGAJA ?


SILAP BENDERA

ATAU

SENGAJA?

AMIN

Tolong bagitahu pmx atau Ramanan bendera Malaysia tu salah, jalur yang last warna putih, jalur last warna merah bendera USA

MALAM INI MENGHASUT DI KOTA BAHRU


MALAM INI 

ISHAM RAIS

MENGHASUT

TINGKAT DUA 

DEWAN BAZAR

 TUNKU ANIS 

JAM 8.30 MALAM

HISHAMUDDIN RAIS 

MENGHASUT TURUN 

BERDEMO

AMIN

REPUBLIK ISLAM IRAN NEGARA CONTOH


REPUBLIK 

ISLAM IRAN

 NEGARA CONTOH


Ketika tulisan ini di garap Gencatan Senjata antara Amerika dan Iran masih berjalan walau pun perbincangan di Islamabad gagal. 

Zionis Israel dan Amerika telah menyerang  Republik Islam  Iran pada 28 Februari 2028.  Pertempuran berlaku selama 40 hari sebelum gencatan senjata diumumkan.

Menggunakan taktik Klasik Perang Iraq – Amerika dan Israel telah mengebom kota-kota di Iran. Hari pertama serangan besar telah berlaku di Tehran.    Pemimpin Agong Ayatollah Ali Khamenei telah syahid bersama anggota keluarga. Beberapa pemimpin tentera dari Kor Pengawal Revolusi  Iran juga turut sama gugur.

Dalam perancangan dan perhitungan -  Trump  meramalkan perang ini tidak akan melebihi empat hari.  Ketua Mossad David Barnea  dan Netanyahu telah meyakinkan Trump perang  akan beres hanya dalam beberapa hari.

Mengikut perancangan  Mossad  satelah kematian para pemimpin politik dan kepala tentera  pasti  Republik Islam  Iran akan angkat tangan  - kibar bendera putih menyerah kalah.

Sap sap sui. Lebih mudah dari menangkap Maduro dari Venezuela. 

Ini tidak berlaku. Trump berilusi menyimpan harapan kosong. Balasan dari Iran mengejutkan. Bukan hanya mengejutkan Zionis Amerika malah mengejutkan warga dunia. 

Warga dunia tergamam melihat apa yang berlaku. Kini diketahui umum bahawa selama berpuluh tahun ini  rupa-rupanya Iran telah membuat persediaan  persenjataan yang amat rapi.

Pelik tetapi benar – walau pun ada sekatan ekonomi dari Amerika dan kuncu-kuncu tetapi Iran masih berupaya membina kekuatan senjata. Dunia hairan dari mana segala jenis  senjata – peluru berpandu, roket dan drone  - muncul dari dalam saku seluar Iran. 

Hakikatnya  para pemimpin dalam kerajaan Iran telah membuat bacaan politik dan militer yang tepat. Semenjak  kerajaan Shah  Ahmad Reza Pahlavi di jatuhkan pada tahun 1979 Amerika dan Israel  telah memusuhi Iran.  

Dari segi  kedudukan alam Iran amat penting dan strategik.  Selain dari minyak dan gas  dalam perut bumi –  muka bumi  Iran  juga adalah penyambung bumi Asia dengan Eropah.  

Dunia kapitalis  mengetahui Iran adalah negara  ketiga  yang memiliki simpanan bahan bakar petrol dan gas  terbanyak sesudah Saudi Arabia dan Venezuela. Jika Iran hanya menghasilkan petai dan jering tidak ada siapa ambil peduli.

Pada tahun 1953 Perdana Menteri Iran Mohammad Mosaddegh yang telah dipilih secara demokratik melalui pilihan raya  telah memiliki negarakan  bahan bakar minyak yang di miliki oleh syarikat kapitalis Inggeris.   Mosaddegh mahu minyak Iran di milik oleh Iran untuk rakyat Iran bukan untuk di bawa pulang ke London.

Kaum pemodal dan pemilik syarikat minyak telah bekerjasama dengan MI6 dan CIA. Mereka telah melakukan rampasan kuasa  pada tahun 1953. 

Perusuh di upah untuk merusuh. Kacau bilau dirancang untuk menggugat kerajaan. Akhirnya Perdana Menteri Mosaddegh ditangkap dan mati dalam tahanan.  Ahmad Reza Pahlavi  telah di nobatkan sebagai Raja Iran. Dari sebuah republik Iran menjadi monarki.  

Di zaman kerajaan monarki Shah  Pahlavi  - Amerika,  Inggeris dan Israel telah berkenduri kendara merompak hasil bumi Iran. Untuk memastikan terus berkuasa Shah Reza menubuhkan pasukan  Special Branch yang di beri nama Savak.   Sesiapa berani bersuara akan ditangkap dan di penjara.

Pada tahun 1977   dengan bangganya Presiden Jimmy Carter  telah menyifatkan  Iran  sebagai ‘ island of stablility – pulau yang stabil.

Dua tahun kemudian semua berubah.  Revolusi Islam meledak. Jutaan rakyat turun ke jalan raya melawan rejim feudal Shah Ahmad Reza Pahlavi. Rakyat Iran bangun memberontak.

Penjarahan ke atas Iran  ini tamat pada tahun 1979. Revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh Ayatollah Khomenei berjaya menghumbankan barua budak suruhan Amerika   Shah Ahmad Reza Pahlavi ke dalam tong sampah sejarah.

Rejim  monarki Iran diruntuhkan. Iran menjadi Republik Islam Iran. Dari detik ini  Iran yang membawa garis Revolusi Islam telah menjadi musuh kepada Amerika , Israel dan  Inggeris dam kaum kapitalis. 

Kejayaan Revolusi Islam pada tahun 1979 ini telah mempengaruhi seluruh dunia Islam.  Agama Islam tidak lagi dilihat lekeh dan kolot.   Dari  Beirut ke Bombay – dari London ke Langat – dari Tehran ke  Timbuktu   - Islam kini memasuki ke  pentas utama politik dunia.

Kaum pemodal melihat kehadiran Republik Islam Iran ini mengancam dunia  kapitalis. Ideologi Islam yang dibawa oleh Iran  dilihat merbahaya. Lalu di rancang projek pertama untuk menghapuskan pengaruh Republik Islam Iran. 

Saddam Hussein telah di gunakan untuk menumpaskan Revolusi Iran.

Iraq menyerang Iran pada September 1980. Saddam Hussein  mendapat  bantuan  senjata , logistik dan diplomatik dari Amerika,  United Kingdom dan Israel. Negara-negara Arab Telok juga bersekongkol sama untuk membantai Iran. 

Perang hanya tamat pada Ogos 1988. Satelah 8 tahun dibantai  Republik Islam Iran masih tegak berdiri.

Rancangan jahat Amerika dan Zionis Israel terhadap Iran tidak terhenti di sini  sahaja. Kali  ini  CIA memunculkan projek yang lebih licik untuk memandulkan garis  revolusi  yang di bawa oleh Iran.

Secara tersusun dan dirancang rapi telah dimunculkan apa yang  di kenali sebagai mazhab dalam Islam.  Tertiba dunia Islam mula diracuni  dengan perancangan  licik kaum  Zionis dan kaum kapitalis.  

Projek imperialis    beracun ini dalam bahasa Latin di panggil divide et impera – devide and rule – pecah dan  perintah.  Ini taktik pecah perintah yang telah digunakan oleh kaum Kolonialis seperti Inggeris untuk menjajah negara-negara di Selatan seperti di Tanah Melayu.

Masyarakat dan penganut agama Islam di pecah-pecahkan untuk senang di jajah dan di perintah. Maka  teologi Islam di cungkil , dikaji dan dipupuk untuk mewujudkan secara hakiki dan terbuka  tentang mazhab dalam Islam. 

Lalu diumumkan ke seluruh dunia tentang  wujudnya dua mazhab  Islam.   Satu dipanggil Islam Sunni dan satu lagi  Islam Syiah.  Ada Sunni Made in Washington  ada Syiah Made in London. 

Satu Islam Sunni di bawah  Saudi Arabia. Satu Islam Syiah di bawah Iran. 

Propaganda mazhab Sunni-Syiah ini  sebelum Revolusi  1979   ini tidak wujud. Para penganut agama Islam  di negara-negara Islam di dunia seperti di Malaysia  hanya di beri kesedaran dan propaganda tentang Sunni dan Syiah satelah Revolusi Iran 1979. 

Taktik mazhab ini cukup jelas.  Ini perancangan kaum kapitalis  yang tersusun. Jika rakyat bersatu mereka tidak akan di tipu.  Sejarah menunjukkan bahawa taktik adu domba ini berjaya. 

Lihat kembali sejarah perjuangan untuk menghalau Inggeris dari Tanah Melayu. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) mahu merdeka. Mereka sanggup angkat senjata untuk menghalau Inggeris. 

Maka Inggeris menubuhkan United  Malays National Organisation yang bersedia berunding dan berbaik-baik untuk menjaga harga kekayaan Inggeris.
Ini taktik pecah dan perintah. Adu dambakan Melayu sesama Melayu.

Mosaddegh dari Iran akan memilik negarakan telaga minyak milik Inggeris.  Ahmad Boestamam juga akan memelik negarakan  lombong bijih milik Inggeris.

Mosaddegh dan Boestamam  menjadi musuh kaum kapitalis.  Sikap  anak watan yang  berani  melawan wajib di hapuskan. Mereka ini dianggap bahaya kerana akan menjadi contoh ikutan generasi muda.

Justeru inilah yang sedang berlaku di Iran. Tenaga nuklear, Selat Hormuz, peluru berpandu atau drone ini hanyalah perencah kempen untuk mengolah persetujuan.  Isi  utamanya ialah  Iran tidak dibenarkan berani bangun melawan. Iran jangan menjadi contoh negara Islam atau negara di Selatan 

Iran yang berani bangun melawan kaum Zionis, kaum Kapitalis Anglo-Amerika  jika tidak di bantai dan di tundukkan akan menjadi contoh ikutan.  Republik Islam Iran akan menjadi contoh yang membawa bahaya kepada Zionis Israel dan imperialis Anglo-Amerika.

Pertama yang akan mengikut cara Iran pastilah penganut agama Islam yang kini merasa bangga melihat keberanian dan kejayaan Iran berani  melawan Israel dan Amerika.

Negara-negara Arab yang selama ini bersekongkol degan Israel dan Amerika pasti merasa terancam. Ancaman bukan datang dari Iran tapi dari  warga negara itu sendiri.

Kelompok liberal  dan sekular  di Barat yang memiliki sikap anti-kapitalis juga akan turut sama berbangga, melihat Iran yang berani bangun melawan Amerika dan Israel.

Kaum kiri dari jalur benang merah juga akan melihat apa yang dilakukan oleh Iran ini sebagai sambungan gerakan anti  imperialis dan sambungan dari Revolusi Bolsheviks 1917.

Ketika tulisan ini selesai di garap berita gencatan  senjata dan perundingan di Islamabad Pakistan dilapur gagal.  Dalam masa yang sama kelihatan  serangan bom dan  tembak menembak berhenti  kecuali di Lebanon.

Israel terus  membedil Lebanon  kerana Israel tidak mahu ada jalan tamat untuk perang ini.  Projek Zionis Israel ialah menghancur musnahkan  Islamik Republik Iran. 

Sementara itu dunia kapitalis dalam kesakitan. Harga bahan bakar petrol terus  naik. Rakyat mula bangun di sana sini. Di Ireland, di Rom.  di Paris , di London – warga telah mula turun ke jalan. 

Sasaran rakyat kali in ialah rejim  pemerintah yang selama ini bekerjasama dengan Amerika dan membantu kewujudan  Zionis Israel. Apa seterusnya akan berlaku ? Keadaan masih hangat dan cair. Perang  boleh meledak sekali lagi. Sila tunggu sambungan minggu depan. Amin. (TT)

TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL 
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/772798



  







  

DEMO SABTU 25 APRIL 2026 DI KUALA LUMPUR


TAK PERLU 

BANYAK CAKAP

SABTU 25 APRIL 2026

MARI BUAT RAMAI

TURUN BERDEMO DI KL

KHALAS

TERAM MENGANCAM - IRAN TAK AMBIL POT


TERAM BUAT

ANCAMAN

KAH KAH KAH

UNTUK IRAN INI

LAWAK BESAR

DARI AMERIKA

KAH KAH KAH

SENYAP SENYAP

TERAM RAYU

NAK TAMAT

PERANG

KAH KAH KAH

KHALAS


AS boleh sekat pelabuhan Iran 'tanpa had'


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkeupayaan menyekat terus pelabuhan Iran tanpa sebarang had, kata Penasihat Rumah Putih dan pembantu kanan Presiden, Stephen Miller.

Dalam wawancara bersama Fox News, beliau berkata sekatan itu boleh diteruskan selagi perlu.

Minggu lalu, pegawai AS dan Iran sebelum ini menamatkan rundingan di Islamabad tanpa mencapai sebarang persetujuan.

Presiden AS, Donald Trump kemudiannya mengenakan sekatan laut ke atas pelabuhan Iran bagi menekan ekonomi Tehran.

Miller berkata Presiden Donald Trump adalah 'seorang yang cintakan keamanan', namun menegaskan pendirian AS bahawa negara itu tidak akan tunduk atau diugut oleh Iran yang memiliki senjata nuklear.

"Operasi ketenteraan boleh memusnahkan infrastruktur tenaga mereka untuk tempoh yang sangat lama.

"Namun, beliau tidak mahu berbuat demikian dan mahu Iran memilih jalan yang betul untuk mencapai perjanjian," katanya.

Katanya, sekatan itu sedang memberi tekanan besar kepada ekonomi Iran dan AS mempunyai keupayaan untuk meneruskannya tanpa had sekiranya Iran tidak mengubah pendirian. - AGENS

AJARAN KOMUNIS MENENTANG KEZALIMAN


AJARAN 

KOMUNIS

MENENTANG

KEZALIMAN 

MELAWAN RASUAH

KHALAS

Unknown commented on 
"KENALI AJARAN KOMUNIS !!!"

Rindu zaman Chin Peng .. =)


Unknown commented on 
"AJARAN KOMUNIS 
TIDAK AKAN DIKALAHKAN"

Aku dulu budak kecik duduk kat Slim River.

Tepi pasar ada lorong kecik namanya Lorong Ahmad Boestamam.

Setakat tu je lah orang haluan kiri di ingati and dikenang.

Satu lorong tepi pasar.

That's it.

Kesian.

Rindu zaman Chin Peng dulu .... =)

MENGHASUT DI KOTA BHARU MALAM INI


MALAM INI

MENGHASUT

DI KOTA BHARU

AMIN


Unknown commented on 
"HISHAMUDDIN RAIS 
MENGHASUT TURUN BERDEMO"

Nanti macai akan turun cari kaedah-kaedah untuk mendiamkan engkau kah kah kah bukan Yahudi bukan zionis bukan Singapura yang akan cari orang-orang engkau juga jadi bersedialah kah kah kah kah kah kah


Unknown commented on 
"HISHAMUDDIN RAIS 
MENGHASUT TURUN BERDEMO"

Berani kerana benar, tetapi otak jangan sempit sangat, rasuah ini sudah jadi amalan darah daging nadi dan perjuangan orang-orang kayangan sehingga bawahan, jadi rasuah perlu dihapuskan, hapuskan juga sosok kayangan yang berselindung dengan gelaran Tun Tan Sri sekelian kah kah kah 

jual negara jual diri jual.maruah kemudian berlakon alim ulama songkok khutbah jubah janggut semuanya sebahagian utama penipuan ala scammer kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

JUMAAT 17 APRIL   2026

RAYA HARI KE 27

PERANG HARI KE 49

GENCATAN SEENJATA BERJALAN


RUNDINGAN AKAN DISAMBUNG
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah
Teram dah lengit – dengan senyap-senyap Teram merayu nak runding NAK TAMAT PERANG  KAH KAH KAH

Amerika dah tak tahan kah kah  kah – kaum kapitalis dunia BERI TEKANAN pada Teram  kerana sistem ekonomi kapitalis akan ranap jika perang berpanjangan.

AMERIKA YANG DAH RAHAI  AKAN RUNTUH TERBARAI KAH KAH KAH.

Di lapur Israel juga nak  henti serang Lebanon – Banyak  Zionis mati di bedil oleh Hizbullah – berpuluh kereta kebal Zionis musnah ke RPG bedilan Hizbullah.

EKONOMI DUNIA – kain porak-peranda – ini baik untuk KITA MENGHASUT – turun-turun-turun.

BILA HARGA BAHAN MAKANAN NAIK   jangan  lepas pelung hasut. Hasut hasut.

TAK TURUN JALAN RAYA TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA ! amin.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk  basah. Matahari ada tapi tak bersinar. Langit berawan agak mendung - masih ada air dalam awan.  KL &KL Sentral berkabus agak tebal – petang  kemarin hujan lebat.

Di Pintu Masuk Murai berkicau  - ambil  tempat di  Bukit How Wow . Dalam belukar Cengkerik  gumbira bersimponi – bumi basah.

Ha ha – dari jauh Siti dan keluarga datang berlari sambut gua – pagi ini nasi, daging, rangka ayam dan tulang – Makan besar.

Berjalan ke Wakaf 3 Siti mengekor – Siti ikut Tak Tak. Siti dah jadi Dara Sunti.

Pulang di Wakaf 1 – ramai menunggu – semua dapat Friskies – Ke mana Tiong Suami Isteri – Tak datang makan – Apakah ada tempat lain cari rezeki ?

Hari ini akan panas – jap lagu gua akan ke Subang nak ke Kota Bharu – malam ini gua menghasut ! Kah kaha kah


BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Bila lu berjanji pada member pada masa dan waktu yang tepat  - janji lu jadi kekuatan.

BRO
Perkara yang lebih bernilai dari janji bukan kata-kata tapi tindakan lu.

BRO
Janjikan apa yang boleh lu  berikan – kemudian berikan lebih dari apa yang lu janjikan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT