Khamis, 10 Januari 2019

BAHAYA KENA PAU








GUA UDAH

BILANG 

GUA UDAH TULIS

MASIH ADA 

TAK CAYA

CHINA MERAH

BUAT PROJEK

JANGKA PANJANG

UNTUK 

PAU NAJIB

CHINA MERAH

MAHU BUKA

TEMPAT ASKAR

DI TANAH MELAYU


Putrajaya akan cari dokumen bukti China selamatkan 1MDB, kata PM


PUTRAJAYA akan memastikan dahulu jika terdapat dokumen berkaitan dengan dakwaan bahawa China diberi projek di Malaysia untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum membuat sebarang kenyataan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perdana menteri, Putrajaya tidak pernah melihat atau menerima dokumen tersebut.

“Kenyataan ini dibuat oleh seseorang dalam media. Saya fikir dokumen itu ada, tetapi ia sama ada kita cari atau ia ditunjukkan kepada kita.

“Kemudian barulah kita boleh terima kenyataan tersebut. Sehingga itu, kita tak boleh ambil tindakan. Kita kena cari dokumen itu dan teliti untuk membuktikan yang perkara ini memang berlaku.

“Itu (dilakukan) oleh kerajaan lama, bukan kerajaan kita,” kata perdana menteri selepas mesyuarat anti rasuah di Putrajaya hari ini.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) melaporkan syarikat-syarikat China diberi kontrak membina antara lain, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion dan saluran paip gas bernilai RM4 bilion untuk menyelamatkan 1MDB yang bermasalah.

Projek-projek ini dibiaya lebih tinggi daripada nilai pasaran, di mana lebihan wang digunakan untuk membayar hutang 1MDB, kata WSJ.

Akhbar itu turut berkata telah melihat dokumen tersebut yang diperolehi dari sumber mereka.

Dr Mahathir berkata apa yang dilaporkan di media sekarang ini adalah hanya dakwaan.

Kedutaan China di Kuala Lumpur pada Selasa menolak dakwaan “tidak berasas” bahawa terdapat rundingan rahsia antara China  dengan 1MDB sebagai pertukaran dengan kontrak pembinaan.

Kedutaaan itu menafikan perjanjian tersebut wujud dan berkata China mengamalkan dasar tidak mencampuri hal ehwal negara lain. – 10 Januari, 2019.

INI BAHAYA

PEMIMPIN 

BERMASAALH

AKAN KENA PAU

KALAU  PILIHARA

ANAK IKAN

JAMIN KENA

PAU






-------------------

2 ulasan:

Unknown berkata...

Tulah abg tt ala ppth# u scratch my back and i'll scratch yours..bak kata oak jib

Tanpa Nama berkata...

seingat gua, dua kali pegawai sprm bertemu majlis raja2 mengenai 1mdb, namun tiada apa dpt melarang perompakan rakus najib and thief family..tanah tudm hanya mampu dimainkan serunai kesedihan oleh askar2 melayu yg hebat dan dilatih khas..kalo pencen tentera tidak dipau oleh najib, apakah ada suara2 veteran melawan pemrintah perompak?apakah itu bala dari allah atau sebenarnya adalah ujian fulus dari allah..