Rabu, 3 Jun 2020

BERSATU MAKIN BERTERABUR




BERSATU MAKIN

BERTERABUR


Muhyiddin langgar etika, perlu dihadap ke Lembaga Disiplin Bersatu

KUALA LUMPUR – Lima ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat keahliannya menegaskan mereka tidak pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti atau menjadi ahli mana-mana parti politik.

Malah, pilihan mereka untuk tidak menyokong  Muhyiddin Yassin yang merupakan presiden parti itu atau Perikatan Nasional (PN) tidak bermakna mereka keluar parti.

Menerusi kenyataan bersama kelima-lima mereka iaitu Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,  Aminuddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik memaklumkan pengerluaran daripada parti tidak boleh dibuat oleh Setiausaha Kerja melainkkan selepas diadakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin dan pihak yang dituduh diberi peluang pertahan diri.

“Perlembagaan parti juga berlandaskan kepada rule of law. Tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang-undang. Semua ahli parti adalah berhak kepada parti ini.

“Perbuatan Muhyiddin dan enam lagi Ahli Parlimen lain yang menyatakan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) jelas melanggar Perlembagaan Parti kerana tiada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk keluar daripada PH.

“Maka Muhyiddin Yassin dan enam lagi Ahli Parlimen tersebut telah melanggar etika parti dan wajar dihadapkan ke Lembaga Disiplin,” demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan menerusi twitter Chedetoffical hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ahli-ahli parti Bersatu diseru supaya berpegang tegus kepada cogan kata Bersatu, Beramanah, Bermaruah kerana itulah sifat yang perlu ada dalam diri mereka.

“Janganlah benar kepentingan diri membelakangkan sifat-sifat yang mulia ini sehingga kita tidak lagi bersatu, tidak lagi beramanah dan tidak lagi bermaruah.

“Pegang kuatlah kepada janji kita kepada rakyat dan janganlah salah guna kuasa yang mereka beri kepada kita,” ujarnya

Jelas kenyataan itu lagi, kerajaan yang ada sekarang ini bukanlah pilihan rakyat kerana kerajaan yang sah dan hak adalah Pakatan Harapan.

Justeru, mandat rakyat perlu dikembalikan dan tidak tunduk kepada kepentingan diri seperti ditunjuk oleh Muhyiddin.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi surat pemakluman oleh Kapten (B) Suhaimi Yahya atau apa-apa pernyataan oleh individu-individu lain sekalipun datang dari seorang perdana menteri tidak boleh mengubah fakta bahawa perlucutan keahlian adalah sah di sisi Perlembagaan parti da undang-undang yang berniat jahat.

Alasan-alasan kononnya mereka telah hilang keahlian kerana menduduki kerusi-kerusi tertentu di Parlimen termasuk dalam Perlembagaan parti.

“Kami secara jelas dan tuntas telah pada 18.5.2020 semasa persidangan Dewan Rakyat memilih untuk berada di blok yang tidak menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin kerana ianya adalah kerajaan yang memungkiri mandat rakyat yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan melalui PRU-14,” katanya. – MalaysiaGazette


HURU DAN HARA

TERUS BERJALAN

KOBID JADI

PENYELAMAT

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hisham...

Aku dah kata selagi SAKA Tua ni ada selagi tulah rakyat M'sia jadi tak keruan!!!

Tanpa Nama berkata...

Saka muda dah mula bercakap!