Rabu, 3 Jun 2020

RAKYAT SOKONG




LANGKAH BIJAK

RAKYAT SOKONG

Pasar raya besar di Seksyen 13 Shah Alam diarah tutup kerana langgar SOP


SEBUAH pasar raya besar di Seksyen 13 Shah Alam menjadi premis perniagaan pertama di Selangor diarah tutup selama lapan hari apabila dikesan beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Dr Sha’ari Ngadiman berkata arahan penutupan yang berkuat kuasa semalam sehingga 8 Jun, dikeluarkan pihaknya hasil pemantauan dilakukan unit penguat kuasa jabatan berkenaan.

Beliau berkata tempoh lapan hari yang diberikan kepada pengusaha premis perniagaan itu dilihat memadai bagi mereka memastikan pengoperasian pasar raya besar terbabit mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Dalam situasi penularan wabak Covid-19 ketika ini, mereka seharusnya lebih peka untuk menjaga kebajikan pelanggan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

DEMI

KESEHATAN

ORANG RAMAI

Tiada ulasan: