Rabu, 12 Ogos 2020

BAHAYA NEGARA TERGADAI




MELAYU  DIBELI

OLEH TOWKAY

JUDI LENDIR

AMIN

BELUM LAGI

CHINA MERAH

MASUK

AMIN

BILA CHINA MERAH

MASUK

HABIS TERGADAI

TANAH MELAYU

SPRM tahan 3 penguat kuasa MBSA, terima bayaran ‘jaga’ premis haram di Sg Buloh

KUALA LUMPUR – Tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.

Menurut sumber,  ketiga-tiga penguat kuasa MBSA itu ditahan dalam operasi hari ini.

Mereka berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika dipanggil memberi keterangan.

Dua daripada penguat kuasa itu dari Cawangan MBSA Sungai Buloh manakala seorang daripada MBSA Shah Alam.

SPRM juga difahamkan turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang ditularkan dalam satu video baru-baru ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

Menurut sumber itu, peniaga berkenaan telah beroperasi sejak tahun 2019 dan dikatakan menbayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa MBSA bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan itu susulan pendedahan yang tular dalam dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di Sungai Buloh.

Tambah sumber lagi, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Difahamkan, ada juga dalam kalangan penguat kuasa terbabit berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan sehingga menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,  Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Justeru beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, katanya.- 

RAKYAT WAJIB

MAIN PERANAN

BUAT LAPORAN

HEBOHKAN

 BOCORKAN

SEMUA KERJA 

CUKONG 

DAN JARINGAN

 CUKONG

KALAU TIDAK

TANAH MELAYU

HANCUR

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, nak tanya, yang mana lebih ramai orang Melayu? (1) Melayu yang judi atau hisap lendir haram ke? atau (2) Melayu yang masih kasi pagi, makan pagi, kais petang, makan petang, sejak tahun 1957 kerana ditipu pemimpin ketuanan Melayu? Saje tanya, jangan marah.

Tanpa Nama berkata...

cara apa yang patut dihukom sekelian malaon pengkhianat rakyat ini?
duit cukai yang kita semua bayar diguna untuk bayar gaji segala jenis elaun untuk
penguatkuasa benteras judi.
penguatkuasa (baca:pengkhianat) ini dibayar lagi sekali oleh cukong judi untuk
menjaga bisnes judi mereka. untung 2kali lipat.

konon beruniform bagai nampak hebat. walhal ada 2 jenis gaji masuk setiap bulan. 1 gaji untuk tak buat apa-apa, 1 lagi gaji untuk tak buat apa-apa juga.
maka kenyanglah makan dengan anak bini duit haram itu sampai ke mati.

ini Melayu Islam di bolehland. kahkahkah