Rabu, 12 Ogos 2020

PARTI COOL MAKIN COOL





SEMUA NAK

MASUK PARTI

COOL DUDE

AMIN

TAPAI PARTI INI

BELUM DAFTAR

AMIN

16 AJK Bersatu Alor Setar letak jawatan, umum keluar parti 

SERAMAI 16 daripada 23 ahli jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Alor Setar mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan Ketua Bahagiannya, Mohamad Nuhairi Rahmat yang turut meletak jawatan pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Beliau mendakwa 17 daripada 22 ketua cawangan parti itu daripada Bersatu Bahagian Alor Setar mengambil keputusan yang sama.

Mohamad Nuhairi juga mendakwa lebih 900 ahli parti di Bahagian Alor Setar telah menghantar surat untuk keluar parti setakat malam ini.

“Meskipun ada 3,000 ahli (di Bahagian Alor Setar) tetapi hanya sebahagian sahaja yang aktif… selepas ini, akan ada lagi yang keluar parti.

“Setakat malam ini, yang kami dah terima surat mereka nak keluar parti ini lebih 900 ahli,” katanya. – Bernama, 11 Ogos, 2020.


KALAU TAK

DAPAT DAFTAR

APA AKAN JADI

SAJE TANYA

KERANA KUNCI

PADA TANGAN

MUSUH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow dah ada nama parti, Parti Cool Dude. Gua mahu daftar lah masuk Parti Cool Dude. Tapi lebih afdal kalu diberi nama dlm bahasa melayu "Parti Pemuda Sejuk".