Rabu, 12 Ogos 2020

ORANG JAHAT DICARI





DIMANA 

ORANG JAHAT 

INI BERADA 


Bekas suami Indira Gandhi tidak berada di Malaysia, kata KDN

POLIS percaya Muhammad Riduan Abdullah, bekas suami M. Indira Gandhi yang dicari tidak lagi berada di Malaysia, kata Kementerian Dalam Negeri.

Dia berkemungkinan besar ke luar negara untuk mengelak ditangkap kerana melanggar perintah mahkamah untuk mengembalikan anak bongsu pasangan itu kepada Indira Gandhi.

“Buat masa ini berdasarkan siasatan polis, Muhammad Riduan tidak berada di Malaysia dan tidak berada di tempat tetap di luar negeri tetapi berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelak dikesan. Dan ini menyukarkan siasatan pihak berkuasa,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis Parlimen.

NGO bantah dakwaan suami Indira sudah tinggalkan Malaysia


PASUKAN Tindakan Indira Gandhi (Ingat) membantah dakwaan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin bahawa bekas suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah tidak lagi berada di negara ini.

Dalam satu kenyataan Pengerusi Ingat Arun Doraisamy berkata berdasarkan siasatan pasukan Riduan dapat dikesan di wilayah sempadan selatan dan di utara Malaysia.

“Ingat membantah dengan tegas alasan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa Ridzuan sukar dijejaki dan tidak ada di negara ini.

“Kecuali ada tangan tersembunyi yang melindunginya, kami sangat yakin Prasana ada di negara ini,” katanya.

Prasana Diksa merupakan anak perempuan kepada Riduan dan Indira. Namun Riduan mengambil Prasana pada 2009 ketika dia baru berusia 11 bulan tidak lama selepas memeluk Islam.

Dia juga menukar agama ketiga-tiga anaknya tanpa pengetahuan Indira.

Tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama anak-anak Indira tidak sah.

Arun berkata pasport Riduan telah tamat pada 2019 dan mendedahkan bahawa kompaun polis dikeluarkan terhadap lelaki itu di Tanah Merah, Kelantan pada 2016. 

“Dia telah melakukan perjalanan ke Thailand menggunakan Mykad dan ada catatan panggilan telefon daripadanya kepada isteri baru di wilayah utara sejak tahun lalu.”

“Kali terakhir dia dilihat adalah di Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang pada tahun 2017 dan sebelum itu polis telah memberi kompaun untuk kesalahan lalu lintas pada tahun 2016 di Tanah Merah, Kelantan.”

“Kami berjaya mengesahkan dengan pegawai polis Thailand tentang keberadaannya di sana. Mengapa tidak ada permintaan yang dibuat kepada polis Thailand untuk mengesan Riduan atau meminta bantuannya sampai sekarang?,” katanya.

Semalam, Hamzah berkata Riduan tidak lagi berada di negara ini dan kerap bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelak dikesan.

Dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew, Hamzah berkata bahawa polis sudah pergi ke alamat Riduan seperti yang disenaraikan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati dia tidak lagi tinggal di sana.

Arun mengingatkan Hamzah bahawa Prasana tidak memiliki pasport antarabangsa, oleh itu kanak-kanak perempuan itu tidak dapat melakukan perjalanan ke luar negara.

“Prasana tidak memiliki MyKid baharu (kad pengenalan) kerana yang asli berada dengan ibunya. Jabatan Imigresen juga telah mengesahkan bahawa tidak ada pasport yang dikeluarkan untuk Prasana Diksa. Bagaimana dia dapat melakukan perjalanan ke luar negeri,” tambahnya.

BAK KATO

PANGLIMO

KITO KONO

GUNO 

BOUNTI HUNTER

AMIN

ATAU UPAH

ORANG  JAHAT 

UNTUK TANGKAP

ORANG JAHAT

MACAM KOBOI

CLINTKAYUTIMUR
KAH  KAH KAH


Tiada ulasan: