Sabtu, 26 Mac 2022

DUA UNTUK SABRI KOSONG UNTUK TIM PENJARA

 



Kabinet putus pembangkang tidak langgar MoU, kata Khairy

PEMBANGKANG tidak melanggar perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kerajaan apabila menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk lima tahun lagi, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar 

Menteri kesihatan itu berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Semalam kita bincang perkara itu, Jemaah Menteri bincang semalam apa yang berlaku di Dewan Rakyat apabila usul Sosma tidak diluluskan.

“Setelah Kabinet berbincang (mengenai) MoU yang dimeterai, kita dapati ia tak langgar MoU,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan sukarelawan My Champion di Sepang, hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, perjanjian dalam MoU itu hanya terpakai pada rang undang-undang yang melibatkan hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Penolakan pembangkang terhadap lanjutan subseksyen 4(5) Sosma itu tidak memberi kesan kepada hilangnya sokongan terhadap kerajaan.

“MoU hanya terpakai kepada rang undang-undang yang melibatkan hilang kepercayaan kepada kerajaan, ia hanya terpakai kepada rang undang-undang perbekalan, yang lebih dikenali sebagai Bajet atau usul undi tidak percaya (kepada kerajaan).

“Kalau undang-undang biasa tak terpakai, macam usul Sosma dan lain-lain, saya rasa tak terpakai dan tertakluk kepada MoU. Ia tak bermaksud hilang kepercayaan kepada kerajaan, ia hanya tak setuju peruntukan Sosma itu sahaja,” kata Khairy.

Malah penolakan pembangkang kata Khairy hanya kepada lanjutan penahanan 28 hari tanpa bicara di bawah Sosma.

“Pembangkang pun sebut mereka tak bermaksud tarik sokongan kepada MoU, ini bukan hilang kepercayaan kepada kerajaan… ia hanya pada mereka tak setuju usul Sosma lanjutan penahanan 28 hari tanpa bicara,” kata Khairy lagi.

Dewan Rakyat minggu ini gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Sosma untuk lima tahun lagi.

Usul lanjutan ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 85 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, sementara 49 Ahli Parlimen tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Khamis juga berkata pembangkang tidak melanggar terma dalam MoU tersebut apabila menolak usul berkaitan Sosma.

Katanya, MoU itu hanya akan tamat apabila kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan pembangkang bersetuju menamatkannnya

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa pembangkang memungkiri janji apabila melanggar persetujuan untuk bekerjasama dengan kerajaan, seperti dimeterai melalui MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Umno sebelum ini mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melakukan Pilihan Raya Umum ke-15 lebih awal dan MoU itu tidak disambung.

MoU itu ditandatangani pada 13 September lalu dan berkuat kuasa sehingga pembubaran Parlimen. MoU itu juga menetapkan Parlimen tidak boleh dibubar sebelum 13 Julai ini.

MoU itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu. – 26 Mac, 2022.

 

PROJEK NAK

BUBAR PARLIMEN

DIKALAHKAN

AMIN

PROJEK TIM JIL

NAK CEPAT PRU15

DIGAGALKAN

KAH KAH KAH

SABRI 114 MENANG

DUA MATA

NAJIB ROSMAH

DAPAT KOSONG

AMIN 


Tiada ulasan: