Sabtu, 26 Mac 2022

PASTI AKAN NAIK HARGA

 




Harga tepung dijangka naik bulan depan susulan konflik Ukraine

HARGA tepung dijangka naik pada April berikutan konflik di Ukraine yang mencetuskan peningkatan kos makanan, sekali gus membebankan pengguna, kata pemain industri.

Ukraine dan Rusia merupakan pengeksport gandum terbesar dunia. Moscow telah menyekat eksport susulan konflik dua negara itu yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan dunia.

Rusia juga telah menyekat penghantaran gandum dari pelabuhan Ukraine di Laut Hitam yang bersempadan dengan Crimea.

Presiden persatuan peniaga roti, biskut, kuih-muih dan mi Johor, Chink Poh Cheng berkata kenaikan harga ini akan menjadi yang tertinggi setakat ini kerana ia diburukkan lagi dengan masalah rantaian bekalan akibat pandemik Covid-19.

“Kos pengangkutan laut tinggi dan sukar untuk cari kontena bagi mengangkut barang,” kata Chink kepada The Malaysian Insight.

“Walaupun pandemik kini terkawal, perang antara Ukraine dan Rusia menyebabkan krisis gandum pula kerana mereka adalah pengeksport utama.”

Chink berkata kilang tepung telah memaklumkan perniagaan yang harga akan meningkat mulai bulan depan.

Harga dijangka naik lebih 20 peratus, katanya.

“Sesetengah kilang tidak mendedahkan kosnya, tetapi mereka telah mula mengehadkan bekalan bagi mengelakkan kekurangan.”

Selain tepung, perang juga memberi kesan ke atas harga bahan api global, yang seterusnya meningkatkan harga banyak barang dan keperluan, kata Chink.

“Harga semua bahan mentah yang digunakan dalam industri makanan termasuk plastik semakin meningkat.

“Langkah kerajaan untuk naikkan gaji minimum secara tiba-tiba kepada RM1,500 menambah masalah kami.

“Tidak dinafikan menjelang April, harga makanan akan menyaksikan satu lagi gelombang kenaikan harga. Berapa banyak yang akan naik bergantung pada setiap pengeluar.”

Chaang Tuck Cheong, pengeluar chee cheong fun (mi gulung) berkata kenaikan harga sedia ada telah memberi tekanan kepada industri.

Walaupun bahan mentah meningkat sejak dua tahun lepas akibat pandemik, pengilang telah menyerap kos bagi meringankan beban pengguna, katanya.

“Semua orang telah sampai tahap di mana mereka tidak boleh tahan. Ia bukan lagi setakat harga tepung, bahan mentah lain turut naik harga.

“Untuk buat chee cheong, kami guna serbuk sagu, tepung gandum, tepung jagung, tepung ubi yang semuanya naik dua kali ganda harganya.

“Tepung sagu dan kanji gandum telah meningkat sebanyak 200% dalam setahun. Dahulu harganya RM50 untuk 25kg, tetapi kini berharga RM100.”

Chaang berkata kilang tepung masih belum memutuskan harga baharu, jadi harga chee cheong fun akan diselaraskan bulan depan dengan sewajarnya.

Lai Yee Kin, presiden persatuan bakeri, biskut dan mi Malaysia berkata pengeluar juga akan melihat kos bahan mentah lain sebelum melaraskan harga.

“Berapa banyak ia akan meningkat bergantung kepada pengeluar individu,” katanya.

“Mereka yang menggunakan automasi, kos akan lebih rendah. Jika mereka guna banyak tenaga kerja, kosnya akan lebih tinggi.”

Walaupun pengeluar menyesuaikan harga mereka mengikut arah aliran global, mereka masih tidak dapat memperoleh sebarang keuntungan, kata Lee.

“Kalau dulu untung 10 sen, sekarang baru dapat 8 sen, tak boleh dapat lebih.

“Ini kerana kita perlu serap sebahagian daripada kos, jika tidak kenaikan harga akan menjadi terlalu ketara dan akan membebankan pengguna.”

Menurut Persekutuan Peniaga Runcit Malaysia, harga tepung akan meningkat antara 7% dan 11%.

Ini bermakna satu beg tepung 25kg akan naik RM7 manakala harga borong akan naik sekitar RM2.50 untuk 10 beg tepung 1kg. – 26 Mac, 2022.


BUKAN DIJANGKA

HARGA NAIK

AMIN

INI SALAH

YANG TEPAT

HARGA PASTI NAIK

AMIN

UKRAINE & RUSIA

PENGELUAR 

PENGEKSPOT

GANDUM

UNTUK DUNIA

AMIN

BILA

 PECAH PERANG

INI AKIBATNYA

AMIN

TUNGGU LIHAT

TAK LAMA LAGI

 WARGAA MISKIN 

DI CAIRO DI AFRIKA  KELUAR  BERDEMO

KE JALAN RAYA 

BILA HARGA ROTI 

NAIK HARGA

 KHALAS

INI HUKUM ALAM

RAKYAT LAPAR

WAJIB BANGUN

MELAWAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: