Sabtu, 26 Mac 2022

BEBASKAN GANJA DARI BAGINDA QUEEN

 



Bekas penyanyi kumpulan Nasyid tanam pokok ganja dalam rumah direman tujuh hari

PETALING JAYA – Komposer yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid yang menanam pokok ganja selama dua bulan di dalam rumahnya secara tersembunyi akhirnya terbongkar apabila ditahan polis semalam.

Suspek disyaki menjadi penagih selama 10 tahun yang lalu dan kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah membuat serbuan ke atas rumah kondominium yang diduduki suspek di Kota Damansara semalam.

“Dalam serbuan yang dilakukan jam 5.30 petang itu, pemeriksaan di dalam rumah suspek berjaya membawa kepada penemuan 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di bahagian bawah sebelah kanan almari di dalam salah sebuah bilik.

“Kami turut menemui satu lagi pokok ganja dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja yang disimpan dalam almari baju suspek di bilik tidurnya,” kata beliau dalam sidang media hari ini.


Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah
Tambah beliau, pihaknya turut menemui satu bekas plastik di atas kabinet dapur dan di dalam menemui dua plastik lutsinar ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.

Menurutnya, 17 pokok ganja yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM40,700 yang boleh dibekalkan kepada 214 penagih.

Polis turut  menyita sebuah kereta Toyota Wish milik suspek dan juga sejumlah wang tunai.

“Kami juga merampas sebuah botol cecair pemusnah serangga, alat pengukur, kandungan PH air, satu alat penyukat suhu, tujuh lampu, satu alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan, serangkai kunci dan pasport serta Mykad milik suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek menagih ganja selama 10 tahun lalu dan diuji positif ganja selepas melakukan ujian saringan air kencing dan tiada sebarang rekod jenayah lampau.

“Dia membeli benih dari luar dan menanam di rumah yang didiaminya selama dua bulan  lalu menggunakan kaedah penanaman yang diambil dari media sosial.

“Dia juga mendapat bekalan ganja kering di sekitar daerah berkenaan dan mengaku pokok ganja itu ditanam untuk kegunaan sendiri,” ujar beliau.

Mohamad Fakhrudin berkata, polis sedang menyiasat sumber perolehan bekalan benih ganja berkenaan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.


BEBASKAN

GANJA DARI

AKTA BAGINDA

QUEEEN 1952

AMIN

INI UNDANG2

KOLONIAL

AMIN

PENJAJAH  MAHU

KITA MINUM BEER

MAKA BUAT

UNDANG2 ANTI

TANAMAN ASLI

AMIN

KENAPA TAK

TANGKAP TUAN

EMPUNYA POKOK

KELAPA ?

KAH KAH KAH

NIRA BOLEH BUAT

TUAK MASAAM

KAH KAH KAH

TANGKAP TANI

TANAM PADI

BERAS BOLEH 

BUAT SAMSU

KAH KAH KAH

HUKUM KARUT

WAJIB DILAWAN

KHALAS

2 ulasan:

AktaHasutan1948 berkata...

geng2 makrifat cam lu ni mmg suka men ganja an??? patut la tak maju2... wakakakakkaka

Tanpa Nama berkata...

Woit TT... Awat hang bocog rahsia yang padi beras nira boleh buat minuman sedap... Depa tu tak tau... Adoi... Nanti tak pasai pasai tapai pun tak kita dapat merasa... Semua tu beralkohol... Harammmm..... Hahaha... Haram jadah betui....