Sabtu, 26 Mac 2022

MARI KITA BANTU SOSOK YANG BAIK

 


K9 Cottage tutup buat selama-selamanya

SALEHIN Ibrahim telah memutuskan untuk menutup pusat terapi haiwannya, K9-Cottage, kerana tekanan kerja-kerja pembaikan besar menjejaskan kesihatannya.

Kerana sayangkan anjing, dan selepas 25 tahun bekerja sebagai pegawai bank, Salehin, 60, menubuhkan K9 Cottage di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Banjir pada Disember menyebabkan pusatnya rosak, dan masih banyak yang perlu dibaiki walaupun selepas tiga bulan membersihkan serpihan tanah runtuh dan sungai di tapak itu.

Hulu Langat antara yang paling teruk terjejas semasa banjir ketika itu selain beberapa negeri di semenanjung turut terjejas.


Hujan lebat luar biasa akibat ekor Taufan Rai di Filipina turut terkena pantai timur semenanjung dan tengah Malaysia, yang biasanya terhindar daripada banjir hujung tahun.

“Saya kena terima hakikat ini sudah tidak berbaloi lagi. Umur makin meningkat. Kesihatan saya terjejas. Ini bukan kerja untuk seorang buat,” kata Salehin kepada The Malaysian Insight.

“Sekarang pusat ini ditutup kepada orang ramai tetapi saya dan anjing saya Patch, Hitam, Putih, Koa dan Stoner akan terus tinggal di sini.

“Saya tak mahu terburu-buru. Saya ada strok, ini kerja yang terlalu banyak.”

Sebelum pandemik, Salehin dan anjingnya sering terlibat dalam sesi terapi di pusat jagaan orang tua dan rumah kanak-kanak khas.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Dr Dog percuma iaitu program terapi bantuan haiwan. Ia telah ditangguhkan sejak 2019, terutamanya kerana Covid-19.

Banjir pada Disember menyaksikan kebanyakan harta benda Salehin turut hanyut.

Selepas banjir, Salehin merayu bantuan dan sumbangan bagi membina semula pusatnya yang terletak di sebidang tanah seluas 1.5 hektar di Sungai Lui, Hulu Langat.

Nasibnya mendapat perhatian orang ramai yang pergi ke pusat itu untuk membantu membersihkan sampah dan serpihan serta menyumbang kepada kos pembinaan semula.

Walaupun Salehin bersyukur dengan bantuan yang telah diterimanya, beliau juga terpaksa bersabar dengan sukarelawan yang tidak tahu apa yang mereka buat.

“Cuma yang tahu apa mereka buat dan betul-betul bersedia, bolehlah hubungi saya. Tempat ini tidak selamat. Saya tidak mahu orang datang sini semata-mata bermain atau ambil bergambar,” katanya.

Masih ada kira-kira 70% kerja pembersihan yang perlu dilakukan, kata Salehin.

Tanah runtuh di belakang K9 Cottage menghalang akses ke Sungai Gabai dan telah mewujudkan laluan air baharu yang kini menghampiri tapaknya.

“Saya sudah berjaya lurus dan dalamkan sungai.

“Saya juga sudah baiki tempat tinggal dan dapur. Jadi sekarang saya ada katil untuk tidur dan dapur untuk masak makanan untuk saya dan anjing.”

Sebelum ini Salehin tidur di bawah kanopi sementara.

Ketika ditanya bagaimana beliau merancang untuk menyara hidup, Salehin berkata beliau akan hidup dengan derma yang diterimanya setakat ini.

“Ia tidak akan kekal, tetapi cukuplah. Walaupun waktu pusat ini berfungsi sepenuhnya, saya cuma ambil RM20 setiap kepala untuk lawatan. Ia bukan tempat kaut untung.

“Jika ia (dibuka semula) saya akan lagi sakit kepala, saya lebih suka tidak buka semula. Saya lebih suka hidup dengan apa yang saya ada,” katanya.

Mereka yang ingin membantu Salehin boleh menghubungi beliau di talian 011-14828717. – 26 Mac, 2022.

MARI KITA

BANTU SOSOK

YANG BAIK HATI

AMIN

DALAM DUNIA KITA 

SOSOK BAIK

HATI PEMURAH

LEBIH RAMAI

DARI 

SOSOK JAHAT

AMIN

MARI KITA HULUR

BANTUAN AGAR

SOSOK BAIK INI

TERUS MEMBUAT

BAKTI

AMIN 

PEMBACA

 TUKAR TIUB

MARI KITA BERZAKAT

 KEPADA SOSOK

YANG BAIK INI

AMIN

BANK AKAUN: 8001330075

MUHAMMAD SALEHIN

BIN IBRAHIM

CIMB BANK




Tiada ulasan: