Jumaat, 1 April 2022

BERJUMPA DAN BERBINCANG

 



PAS juga mahu jumpa Dr Mahathir, kata Hadi

PAS juga mahu bertemu Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan usaha menyatukan parti Melayu, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.

Beliau menyebut demikian selepas Pejuang mendedahkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sudahpun bertemu Dr Mahathir untuk bekerjsama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hadi berkata PAS dimaklumkan oleh Muhyiddin berhubung pertemuan tersebut yang diadakan dua minggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ya kita dimaklumkan, dan pendirian PAS kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti Melayu

“Sebab itu akan diaturkan pertemuan insya Allah dengan Tun Dr Mahathir. Ini bermakna kita bersedia berjumpa dengan semua untuk menyatukan ummah,” katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun beliau tidak menyatakan tarikh pertemuan yang dirancang ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Marang, Terengganu.

Pertemuan Muhyiddin dengan Dr Mahathir didedahkan Pejuang selepas pemukiman parti itu di Kuala Terengganu semalam.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata Muhyiddin sendiri menghubungi pengerusi parti tersebut dan menyatakan hasrat untuk bertemu.

Namun Pejuang masih belum membuat keputusan atau bersetuju dengan tawaran dari presiden Muhyiddin yang menetapkan syarat menggabungkan semua parti Melayu, katanya.

Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin tersebut selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Kedua-dua PAS dan Bersatu merupakan sekutu dalam gabungan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan persekutuan.

Pentadbiran tersebut bagaimanapun dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Umno yang kini berbalah dengan kedua-dua parti berkenaan. – 1 April, 2022.

BERJUMPA

DAN

BERBINCANG

AMIN

INI TANDA BAIK

DALAM USAHA

MENDIRIKAN

KHEMAH BESAR

AMIN

SATU TUJUAN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

AMIN

MASUKKAN

NAJIB DALAM

PENJARA

KHALAS

Tiada ulasan: