Jumaat, 1 April 2022

SIMPATI TERHADAP PESAKIT


Saya khuatir crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini – Yasin

PETALING JAYA – Bekas penyanyi kumpulan nasyid dan komposer,, Muhammad Yasin Sulaiman merayu kepada Mahkamah Majistret di sini untuk memberikan jaminan susulan masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas.

Yasin, 46, ketika hadir pendakwaan di Mahkamah Petaling Jaya sempat memaklumkan semasa prosiding bahawa kesihatannya terjejas kerana bimbang penyakit bipolar dihadapinya boleh menyerang semula. 

“Saya ada diberikan bekalan ubat (semasa ditahan reman) tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini,” katanya selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai memberi hujahan di Mahkmah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu.

Terdahulu, Yasin yang memakai baju t-shirt serba hitam, berselendang biru di leher, berseluar kelabu dan hanya memakai selipar tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi tadi dengan kawalan ketat  polis.

Sementara itu, Yasin yang ditemui pemberita sebelum didakwa pagi ini meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman memperjuangkan kebenaran penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

“Kirim salam kepada YB Syed Saddiq Abdul Rahman, minta (kerajaan) segerakan kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya lagi. – 

PENYAKIT

BIPOLAR

AMIN

JOHN LENNON

ADA PENYAKIT INI

AMIN

PENYAKIT HINGGAP

PADA SOSOK YANG

SUPER KREATIF &

SUPER BIJAK

KHALAS

AMIN

LENNON PUN

MENGAMBIL

GANJA UNTUK

TERAMKAN

PENYAKIT

AMIN

SILA TANYA

LEBAI GOOGLE

APA DIA SAKIT

BI POLAR

KHALAS


Tiada ulasan: