Jumaat, 1 April 2022

KITA JAGA KITA - IKUT PERATURAN


Majikan perlu waspada urus prosedur kuarantin baharu, kata kumpulan perniagaan

MAJIKAN perlu berhati-hati dalam mengurus prosedur kuarantin Covid-19 buat pekerja agar dapat terus beroperasi secara penuh dan mengurangkan kemungkinan masa tergendala, kata pihak berkepentingan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight peningkatan kuarantin pekerja akan mengakibatkan syarikat kehilangan tenaga kerja.

“Sepanjang tempoh kuarantin ini, majikan bergelut untuk dapatkan pengganti tenaga kerja untuk kekalkan operasi,” kata Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Dr Syed Hussain Syed Husman.

“Masalah ini juga akan bertambah apabila satu lagi kes positif dikenal pasti di tempat kerja yang sama,” katanya.

“MEF percaya protokol baharu tiada kuarantin mesti dikendalikan dengan berhati-hati.

“Individu kontak rapat yang telah lengkapkan suntikan atau sudah dapat dos penggalak, dan tidak ada sebarang gejala, harus dibenarkan bekerja dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kementerian Kesihatan mengumumkan mulai 1 Mac, kontak rapat yang tidak  bergejala dan telah menerima dos penggalak mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, mereka mesti menjalankan ujian kendiri RTK-Ag pada hari 1 dan hari ke-3, manakala individu kontak rapat yang telah menerima penggalak tetapi menunjukkan simptom perlu dikuarantin selama lima hari.

Syed Hussain berkata pekerja juga perlu menjalani ujian kendiri secara berkala seperti ujian mingguan.

“Bagi kontak rapat dengan simptom tetapi telah melengkapkan dos vaksinasi atau telah mengambil suntikan penggalak, mereka perlu buat ujian sebelum dibenarkan bekerja.

“Sekiranya ujian negatif, maka tidak sepatutnya ada sebarang sekatan untuk mereka bekerja.

“Bagi individu yang belum divaksin sepenuhnya atau belum divaksin, syarat untuk kuarantin perlu dikekalkan.”

Syed Hussain berkata fasa peralihan ke endemik seharusnya menjadikannya lebih fleksibel untuk perniagaan beroperasi sepenuhnya dan mengurangkan kemungkinan masa henti.

“Jumlah kontak rapat boleh bertambah sehingga operasi syarikat lumpuh kerana majoriti kakitangan perlu kuarantin,” katanya.

Tambahnya MEF menerima banyak aduan sebegitu dan senario ini benar-benar mengganggu operasi dan perniagaan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai berkata dengan negara dalam fasa peralihan ke endemik, majoriti pekerja kembali bekerja dari pejabat berdasarkan penilaian risiko masing-masing.

“Dengan peratusan pekerja yang lebih tinggi di tempat kerja dan dalam situasi semasa di mana kita mengalami lonjakan kes akibat Omicron, industri akan meningkatkan SOP mereka sendiri secara semula jadi.

“Ini adalah untuk mengesan dan mengurus kes supaya tempat kerja kekal selamat dan untuk operasi diteruskan dengan gangguan yang minimum dan mengekalkan produktiviti keseluruhan.”

Beliau berkata industri juga terikat dengan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Tidak dinafikan, berikutan gelombang Omicron dan peningkatan kes, majikan akan mengalami peningkatan kes positif dalam kalangan pekerja mereka walaupun semua SOP ditetapkan dan ini akan memberi tekanan kepada operasi kilang.

“Bagaimanapun, dengan perubahan dalam SOP berkaitan kontak rapat yang diperkenalkan mulai 1 Mac, ini telah mengurangkan tekanan terhadap operasi kilang.

“Langkah ini amat dialu-alukan oleh industri. Walau apa pun, bagi memastikan operasi diteruskan dengan gangguan yang minimum, majikan bergantung kepada mendapatkan pekerja kontrak dan merombak syif dalam kalangan pekerja sedia ada untuk mengisi kekosongan.

“Ini adalah apabila terdapat kes positif di kalangan pekerja mereka supaya garis masa pesanan tidak terjejas dan penghantaran tidak ditangguhkan.”

Soh berkata, walaupun terdapat perubahan dalam SOP, kedua-dua majikan dan pekerja mesti terus memainkan peranan mereka untuk memastikan tempat kerja kekal selamat. – 1 April, 2022.


FASA ENDEMIK

KITA WAJIB

JAGA KITA

AMIN

IKUT  C.U.H

CARA UNTUK HIDUP

AMIN

SESAMA KITA

LAWAN KOBID

KHALAS

Tiada ulasan: