Jumaat, 1 April 2022

KURANGKAN MUSUH - RAMAIKAN KAWAN

 



Dr Mahathir patut rendahkan ego, kata pemimpin Bersatu

DR Mahathir Mohamad sepatutnya melihat kepada sasaran lebih besar dalam kerjasama untuk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa, kata pemimpin Bersatu.

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman berkata, pengerusi Pejuang itu juga sepatutnya merendahkan ego dan bekerjasama demi kepentingan rakyat.

“Kita sepatutnya tumpu agenda bersama yang boleh diusahakan bersama untuk menyekat kluster mahkamah kembali berkuasa selepas PRU15.

“Kita semua patut rendahkan ego dan mula fikir langkah ke hadapan, bukan sahaja parti kita atau pengaruh politik pemimpin tertentu tetapi masa depan negara dan rakyat,” katanya.

Kluster mahkamah itu merujuk kepada pemimpin Umno yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Faiz menyiarkan kenyataan itu di Facebook bagi mengulas keengganan Dr Mahathir untuk kembali bekerjasama dengan Bersatu selepas serik dikhianati Muhyiddin.

Dr Mahathir enggan bertindak demikian kerana Muhyiddin menikamnya dari belakang, tetapi kini cuba meraih sokongannya untuk menjadi perdana menteri semula.

Beliau juga tidak mahu Muhyiddin kembali ke jawatan itu berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan semasa menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjelaskan pertemuan dengan Muhyiddin selepas pilihan raya negeri Johor, yang menyaksikan parti berkenaan kalah teruk.

Kenyataan Faiz Na’aman seterusnya tidak menyentuh pengkhianatan dilakukan Muhyiddin namun mengangkat ahli Parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri yang baik.

“Beliau melakukan apa yang mampu untuk menjaga ekonomi negara dan kesihatan serta keselamatan rakyat Malaysia…,” katanya.

Dalam rentetan peristiwa Februari 2020 itu, Muhyiddin menarik sokongan 10 ahli Parlimen PKR dan membawa Bersatu keluar dari gabungan PH menyebabkan kerajaan tumbang.

Muhyiddin kemudian memecat Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen Bersatu kerana enggan menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Presiden Bersatu kemudian menggabungkan kerajaan Perikatan Nasional bersama parti Islam PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional.

Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos tahun lepas selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka terhadapnya.

Sepanjang 17 bulan memegang jawatan Muhyiddin menguatkuasakan tiga kawalan pergerakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Beliau juga menguatkuasa perintah darurat yang dikritik hebat kerana menghalang Parlimen bersidang. – 1 April, 2022.


DALAM POLITIK

KURANGKAN 

MUSUH

RAMAIKAN 

KAWAN

AMIN

KENDURKAN EGO

BANYAKKAN

MENDENGAR

KURANGKAN

BERLETER

 AMIN 

SATU TUJUAN 

HALANG PENCURI 

KEMBALI BERKUASA KHALAS

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kondo mewah di Mont Kiara jadi pusat ladang tanaman pokok ganja dan Rules of Law Kayangan untuk kroni dan anak cucu.

Orang selalu tanam pokok ganja ini di ladang, tetapi kali ini satu penanaman dadah dalam kondo. Kondo mewah di Mont Kiara menanam pokok ganja, prosesnya lebih kurang macam hidroponik.

Edisi Khas mendedahkan kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan yang ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi dilepaskan dengan mudah oleh Tommy Thomas.

Dari kesalahan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menanam ganja, Seksyen 39B akta sama kerana mengedar dadah hanya kepada sebuah pertuduhan paling ringan seksyen 15 (1) positif dadah.

Walaupun anak lelaki seorang taikun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, tetapi Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas mengklasifikasi kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Kita telah berjaya kalau ikut hasil maklumat pada 9 dis kita telah buat serbuan di premis mount Kiara kediaman mewah.

Hasil intipan polis dapati tempat tersebut telah digunakan sebagai tempat penanaman ganja , polis telah merampas daun ganja 2.6 kilogram, pokok ganja yang dianggarkan 3 hingga 4 kaki tingginya, sebanyak 53 pokok dan benih pokok sebanyak 48 biji. Jadi jumlah keseluruhan dianggarkan RM1.21 juta," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam sidang media.

'Rules of Law Kayangan' juga terpakai diguna bila 2 negara sudah sebut nama Zety rasuah kes AMLA 1 billion di transfer dalam satu malam tiada tindakan diambil pada keluarga penyamun betina ini melalui akaun suami nya Taufik Ayman dan Jho Low.

Pada rakyat marhaen sekelian... kita kita ini semua nya ibarat sampah hanyut golongan kayangan saja.

Jangan perasan kita nak dilayan dengan adil. Keadaan ini boleh berubah semuanya jika kita kita semua rakyat marhaen murahan ini berani menolak golongan ini di PRU 15 nanti.

Bangun dan lawan habisan habisan.

Ini kali lah

KHALAS

hamim berkata...

TT, biar ego jangan jadi pengkhianat, sejarah telah membuktikan kerana pengkhianatlah hingga sekarang Melaka tidak ada sultan atau raja

Tanpa Nama berkata...

Bro TT, skrg lu dah tak support madey yg bijak berpolitik kayoh basikal 17km tu ke? Sape lg kalu bukan madey yg boleh bawa mesia ke dunia baru? Jgn la tukar tiup.

Tanpa Nama berkata...

pasal pakatan bila dah berpakat serupa tak berpakat... jadi kerajaan tapi macam pembangkang..