Rabu, 1 Mac 2023

BANGUNAN RUNTUH KERANA RASUAH


Gempa bumi di Turkiye, Syria ragut lebih 50,000 nyawa


GEMPA bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria mengorbankan lebih 50,000 orang, menerusi data yang disemak oleh AFP termasuk angka dari kedua-dua bahagian kerajaan dan pemberontak di Syria yang dilanda perang.

Seramai 5,951 orang terbunuh di seluruh Syria, manakala Turkiye mencatatkan 44,374 kematian selepas gempa bumi 6 Februari lalu.

Ia menjadikan 50,325 jumlah kematian akibat bencana itu di kedua-dua negara.

Kerajaan Syria berkata 1,414 orang terbunuh di kawasan di bawah kawalannya, manakala pegawai disokong Turkiye di Syria meletakkan angka kematian pada 4,537 di seluruh kawasan yang dikuasai pemberontak di negara itu.

Jumlah korban di kawasan di luar kawalan kerajaan termasuklah kematian di wilayah yang dikuasai kumpulan pemberontak lawan.

Pihak berkuasa tempatan bergantung kepada data dikumpul dari hospital, pusat perubatan dan pertahanan awam di Idlib dan wilayah utara Aleppo, kata pegawai kesihatan Maram al-Sheikh kepada AFP.

Ia juga termasuk sumber awam yang kebanyakannya mengebumikan mayat tanpa membawa mangsa ke hospital.

Jumlah kematian dimuktamadkan dengan bantuan organisasi Unit Penyelarasan Bantuan (ACU), rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tempatan.

PBB berkata ia bergantung kepada data ACU, termasuk angka kematian.

Angka kematian di kawasan pemberontak adalah “hampir muktamad, kerana kebanyakan mangsa sudah dikeluarkan dari bawah runtuhan”, katanya.

Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights melaporkan 2,243 orang terbunuh di kawasan yang dikuasai kerajaan—merekodkan lebih 824 kematian daripada angka rasmi.

Rami Abdel Rahman, yang mengetuai kumpulan berpangkalan di Britain itu berkata jumlah mereka lebih tinggi kerana ia termasuk 50 kampung yang tidak didatangi oleh penyelamat.

Kumpulan itu yang bergantung pada rangkaian sumber yang luas di dalam Syria, melaporkan angka kematian yang sama seperti pemberontak di barat laut.

AFP sebelum ini melaporkan 3,688 kematian di seluruh Syria, menyusun angka rasmi kerajaan dan data yang dikeluarkan oleh kumpulan penyelamat White Helmets di barat laut.

Para penyelamat pemberontak memberitahu AFP jumlah korban mereka kebanyakannya termasuk mayat yang dikeluarkan sendiri daripada runtuhan.

Gempa bumi itu berlaku hampir 12 tahun selepas perang saudara Syria yang memusnahkan sebahagian besar negara itu, membunuh hampir setengah juta orang dan menyebabkan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal. – AFP, 1 Mac, 2023. 

AL-FATIHAH

AMIN

INGAT RASUAH

MEMBAWA 

MALAPETAKA

BILA BANGUNAN

SATENGAH MASAK

DI LULUS

KERANA RASUAH

KHALAS

Tiada ulasan: