Rabu, 1 Mac 2023

SOSOK BAIK AKAN DI KENANG



Pempengaruh TikTok buktikan rakyat Malaysia memang baik hati


ADA dua azam yang mahu dicapai Nicholas Lim Pinn Yang tahun ini – pertama, untuk menurunkan berat badan dan kedua berkelakuan baik kepada sesiapa sahaja.

Sejak awal tahun ini, anak kelahiran Pulau Pinang itu mendekati sesiapa sahaja di jalanan dan meminta bantuan, adakalanya meminta wang, untuk menguji reaksi mereka.

Mengejutkan, kata Lim kerana semua orang yang didekati tanpa ragu-ragu sudi untuk membantu walaupun mereka tidak mengenalinya.

Lelaki berusia 30 tahun itu juga berkata sikap orang ramai itu membuatkan beliau terharu, sekali gus menepis sentimen perkauman yang sering dimainkan ahli politik tertentu.

“Saya berazam untuk turunkan berat badan dan berbuat baik kepada semua orang setiap hari. Jadi saya mesti fikirkan apa yang boleh saya lakukan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bagi mencapai sasarannya itu, Lim membuka akaun TikTok untuk mencipta kandungan di platform media sosial itu.

“Saya terfikir untuk beri duit kepada orang ramai selepas meminta pertolongan mereka, tak kiralah apa jenis pertolongan.

“Kadang-kadang saya pergi ke mana-mana kedai dan berpura-pura tak ada duit untuk beli minuman. Saya minta tolong pada juruwang, kadang-kadang saya minta diskaun daripada penjual bunga.

“Semua orang yang saya jumpa rela hati mahu tolong tanpa sedikit pun balasan.

“Bila saya beritahu saya sekadar menguji dan mahu hadiahkan duit atas kebaikan mereka, kesemua mereka enggan terima kerana ikhlas mahu menolong saya. Tetapi saya paksa juga mereka ambil kerana mereka memang patut dihargai,” katanya.

Menurut Lim kebiasaannya beliau memberi wang antara RM50 dan RM100, dan setakat ini sejumlah RM10,000 sudah dibelanjakan.

Sikapnya yang murah hati Lim itu menarik perhatian pengguna media sosial, dan anak muda itu kini mempunyai lebih 200,000 pengikut di TikTok. Setakat ini beliau memuat naik 70 video platform itu, dengan jumlah tontonan tertinggi 5.8 juta.

Dalam salah satu videonya yang ditonton lebih sejuta kali, Lim mendekati seorang juruwang di sebuah stesen minyak lalu bertanya jika wanita itu boleh membelikannya minuman kerana tertinggal dompet di rumah.

“Oh tak apa, biar saya belanja,” kata juruwang tersebut.

Tetapi apabila Lim berkata beliau sebenarnya hanya sekadar menguji, juruwang itu tetap bertegas mahu membelikannya minuman.

Sambil mengeluarkan wang RM50, Lim menjelaskan beliau sebenarnya mempunyai wang dan sedang menjalankan eksperimen sosial.

“Wang ini untuk awak kerana sudi membantu saya,” katanya.

Juruwang itu ketawa dan berkata, “Betul ke? Saya nak belanja awak.”

Beliau melakukan eksperimen sosial pada sebelah petang apabila selesai bersenam.

“Selepas larian petang saya, saya akan terus ke jalanan dan mencari orang. Saya melakukannya bersendirian bersama telefon sebagai kamera saya. Biasanya saya akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk merakam video dan memikirkan idea,” kata Lim.

Ditanya siapa yang menjadi inspirasinya, Lim berkata ia adalah bapanya.

“Saya bukan daripada keluarga kaya. Keluarga saya adalah keluarga biasa. Ayah saya pernah bekerja di sebuah pasar di Pulau Pinang dan semasa kecil saya selalu mengikutnya dan beliau akan membantu orang atau memberi makan haiwan terbiar.

“Banyak yang saya pelajari daripadanya dan saya sangat menghargainya,” kata Lim, anak sulung kepada dua beradik ini.

“Akhirnya, anda akan sedar tidak kira siapa anda, tanpa mengira bangsa dan agama, hanya kebaikan yang penting,” tambahnya.

Lim menjalankan Food Blog di Facebook dan Instagram. Beliau ialah pengasas bersama Foodie Media dan KL Foodie, sebuah media makanan digital yang menguruskan kandungan makanan dan aktiviti harian di Malaysia dan Singapura.

“Kami membuat ulasan makanan, mencari tempat makan yang sangat bagus dan berkongsi pengalaman secara percuma. Secara asasnya pemasaran percuma.

“Misi kami adalah untuk berkongsi makanan tempatan yang menakjubkan dan perkara perlu dilakukan kepada dunia sambil pada masa yang sama memperkasa industri F&B tempatan melalui video dan artikel kami,” katanya.

“Secara keseluruhan kami mempunyai 15 juta pengikut di Facebook, Instagram dan Tik Tok jika digabungkan.

Ditanya berapa lama beliau akan terus memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia, Lim berkata beliau akan terus mengejutkan orang ramai selagi boleh. – 1 Mac 2023. 




SOSOK BAIK

BUDI BAIK

AKAN DIKENANG

JADI TAULADAN

AMIN

ORANG JAHAT

PENCURI MACAM 

NAJIB & ROSMAH

JUGA AKAN

DI INGAT JADI

SEMPADAN

AMIN

BUAT PILIHAN

UNTUK HIDUP

KHALAS

Tiada ulasan: