Rabu, 1 Mac 2023

BANJIR MELANDA LAGI



Banjir di Johor semakin buruk


SITUASI banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir melonjak kepada 5,878 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 1,591 mangsa direkodkan pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 1,575 keluarga ditempatkan di 54 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,952 orang ditempatkan di 10 PPS, diikuti Segamat dengan 1,431 orang dipindahkan ke 16 PPS.

“Turut terjejas bencana itu ialah Kota Tinggi melibatkan 1,156 mangsa, Johor Bahru (1,004 orang), Kulai (320 orang) dan Pontian (15 orang),” menurut kenyataan itu.

Di Segamat, beberapa sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat Kecil yang merekodkan bacaan 38.32 meter (m); Sungai Bandar Segamat (9.2m); Sungai Labis (41.31m) dan Sungai Lenik, Ladang Chaah (8.11m).

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Kahang, Kampung Contoh (Kluang) di paras 16.95m; Sungai Siku, Kampung Murni Jaya (Kulai) 21.51m; Sungai Skudai, Kampung Separa (Kulai) 18.66m; Sungai Siam, Kampung Sungai Siam 21.51m dan Sungai Pontian Besar, Kampung Melayu Bukit Batu 12.86.

Selain itu, paras air Sungai Pulai, Kampung Ulu Pulai (Pontian) turut  melepasi paras bahaya iaitu 2.81m dan Sungai Skudai, Kampung Laut (Johor Bahru) 5.79m.

Cuaca di kesemua 10 daerah dijangka hujan sehingga petang. – Bernama, 1 Mac, 2023.

PERUBAHAN

IKLIM

AMIN

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

BERHATI HATI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

johor banjir, abah mahiadin g mana? apa bukti, apa bukti..atau memuncung bila rasuah anak menantu diperbahaskan di dewan parlimen..berhunus keris2 kontot pendekar2 PAS, terjerit terpekik..gua bukan apa bro..kalo benar rasuah itu derma, maka nabi juga makan rasuah..ulama pewaris nabi..maka ulama berbohong maka nabi juga berbohong..jgn marah bila quran dibakar dibuang oleh non muslim andai ulama2 para hafiz pun mjdkan quran dan hadis sbg tin kosong, ckp berdekah2 tapi tiada langsung kebaikan dari kitab suci. di mesir, warganya menjdkan quran sbg pelapik duduk.dibumi melayu , quran diletak ditmpt yg tinggi tanpa pengamalan..bergado sesama sendiri mengenai hukum hakam.