Jumaat, 10 Mac 2023

MUHYIDIN CAKAP BETUL



Agensi siasatan diperguna untuk tujuan politik, kata Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin mendakwa tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram ke atasnya hari ini menunjukkan agensi penguatkuasaan dipergunakan bagi tujuan politik kerajaan.

Ini kerana kerajaan membuat keputusan pendakwaan ke atasnya lebih awal sebelum siasatan dilengkapkan agensi antirasuah, dakwanya selepas dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Katanya, keputusan pendakwaan itu dibuat Jabatan Peguam Negara sebelum kenyataannya direkodkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Beliau mendakwa diberitahu demikian sewaktu keterangan diambil SPRM semalam.


“Bagaimana keputusan untuk mendakwa telah dibuat sedangkan keterangan saya mengenainya belum diambil?

“Mereka hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.

“Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang,” katanya.

Pada sidang media selepas dihadapkan ke mahkamah pagi ini, beliau turut meminta semua penyokong Bersatu dan PN untuk tidak turun ke jalanan bagi mempertahankannya.

“Kepada ahli Bersatu, penyokong PN dan rakyat seluruhnya, saya amat menghargai sokongan anda semua.

“Saya tidak akan mengajak saudara dan saudari turun ke jalanan untuk mempertahankan diri saya. Bertenang dan berilah peluang kepada saya untuk membela diri melalui proses undang-undang.”

Terdahulu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah bagi empat tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta.

Presiden Bersatu itu dituduh menerima rasuah dari empat sumber berkaitan program Jana Wibawa yang dicetuskan sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Beliau didakwa menerima RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta dalam bentuk suapan kepada parti Bersatu sebagai sekutunya.

Bagi empat tuduhan salah guna kuasa, Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan presiden parti Bersatu antara tempoh 1 Mac, 2020 hingga 20 Ogos, 2021.

Muhyiddin, 76, didakwa berbuat demikian bagi mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM200 juta dari Bukhary Equity Sdn Bhd untuk partinya.

Untuk tuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan serupa untuk mendapatkan RM1 juta dari Nepturis Sdn Bhd.

Beliau berdepan tuduhan serupa bagi tuduhan ketiga, melibatkan jumlah RM19.5 juta dari Mamfor Sdn Bhd.

Tuduhan keempat juga serupa, melibatkan jumlah RM12 juta dari ahli perniagaan bernama Azman Yusoff.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagi dua tuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa menerima RM120 juta hasil aktiviti haram dari Bukhary Equity Sdn Bhd dari 25 Februari, 2021 hingga 8 Julai, 2022.

Tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram dan dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama. – 10 Mac, 2023.
 

WOIT APA

YG MUHYIDIN

CAKAP NI ADA

KEBENARAN

AMIN

TU PASAL DARI

DULU NGO DESAK

SPRM BUKAN

DI BAWAH 

PENGARUH MENTERI

AMIN

SPRM BOLEH

DIJADIKAN ALAT

BUNUH 

MUSUH POLITIK

AMIN

DULU MASA

NAK JATUHKAN

DATUK HARUN

BSN - BADAN

PECEGAH RASUAH

DI GUNAKAN

AMIN

KALAU SEKARANG

SPRM TAK DIUBAH

BILA  HADI JADI PM

ANWAR PULAK 

KENA DAKWA

JENG JENG JENG

POLITIKUS NI

MACAM MAT REMPIT

BILA DI TAHAN POLIS

MACAM MACAM

BOLEH CARI SALAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: