Jumaat, 10 Mac 2023

RAKAN CURI NAJIB KENA 1O TAHUN

 



Roger Ng dipenjara 10 tahun dalam skandal 1MDB 


HAKIM Amerika Syarikat di New York pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berikutan penglibatannya dalam skandal rasuah 1MDB.

Juri New York pada April 2022 mendapati Ng bersalah dalam skim yang melibatkan dana pelaburan Malaysia milik kerajaan 1MDB berikutan keterangan daripada seorang lagi bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner,  dan seorang lagi rakan subahatnya.

Jumlah rampasan akan ditentukan kemudian, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan akhbar.

“Roger Ng adalah pemain utama dalam skim yang bukan sahaja menganiaya rakyat Malaysia, tetapi juga berisiko menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, pasaran, perniagaan dan institusi lain pada skala global,” kata Peguam AS Breon Peace.

“Hukuman hari ini adalah hukuman yang adil untuk jenayah defendan dan menjadi satu amaran bahawa terdapat harga yang besar perlu dibayar untuk rasuah korporat.”

Dana 1MDB ditubuhkan untuk mempromosikan ekonomi Malaysia, tetapi dirompak dalam skandal yang menggugat politik negara dan mencemarkan reputasi Goldman.

Ng dan rakan subahatnya membayar lebih daripada AS$1 bilion rasuah kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan tiga transaksi bon besar untuk Goldman dengan 1MDB, menurut Jabatan Kehakiman AS.

Menurut DOJ sebahagian daripada wang itu dibelanjakan untuk barangan mewah, seperti lukisan Jean-Michael Basquiat bernilai AS$51 juta dan berjuta-juta dolar dalam beg tangan Hermes.

Leissner, yang mengaku bersalah pada Ogos 2018 atas dua pertuduhan jenayah, sedang menunggu hukuman, kata DOJ.

Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju membayar penalti AS$2.9 bilion dalam penyelesaian DOJ yang termasuk pengakuan bersalah di mahkamah AS oleh unit bank Malaysia. – AFP, 10 Mac, 2023.

RAKAN NAJIB

BERSUBAHAT

MENCURI DUIT 1MDB

KENA PENJARA

10 TAHUN

AMIN

MUSTAHIL NAJIB

KEPALA PENCURI

DAPAT LEPAS LARI

AMIN

OTAK PERANCANG

MASIH BELUM

DITANGKAP

AMIN

KINI DI PILIHARA

CHINA MERAH

KHALAS

Tiada ulasan: