Ahad, 12 Mac 2023

MUHYIDIN CAKAP BETUL


Mereka mahu bunuh dan kuburkan Bersatu, kata Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa partinya sedang ditekan sekarang dalam satu usaha untuk membunuh dan menguburkannya selepas prestasi yang memberangsangkan pada pilihan raya umum lepas.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional menganggap pendakwaan terhadapnya di mahkamah serta tindakan pihak berkuasa membekukan akaun bank Bersatu sebelum ini bertujuan untuk menghalang parti itu daripada bergerak terutamanya menjelang pilihan raya di enam negeri akan datang.

“Bagi kami yang ada di dalam Bersatu dan Perikatan Nasional berpendapat tindakan zalim diambil terhadap kita ialah untuk bunuh kita. 

“Sebab itu akaun Bersatu sehingga hari ini masih dibeku dan tidak akan dicair untuk (menghalang) Bersatu daripada bergerak sebagai parti politik… pastinya ada program, untuk menghadapi PRN, ada pembayaran sebagainya yang perlu dibuat.


“Ini tindakan kejam supaya Bersatu dalam tempoh tak berapa lama akan terkubur,” kata Muhyiddin pada perhimpunan ‘Solidariti Menentang Kezaliman’ anjuran PN di Gombak, malam tadi.

Bekas perdana menteri mendakwa tekanan demi tekanan yang dikenakan terhadap Bersatu adalah susulan kejayaan gabungan PN yang disertai PAS dan Gerakan menerima sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya pihak lawan melihat keputusan PRU15 itu sebagai ancaman buat mereka lebih-lebih lagi menjelang PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

“Ia tak lain tak bukan melihat situasi politik yang kita hadapi hari ini selepas melalui tempoh cabaran iaitu PRU15, jelas, terang, dan nyata menunjukkan kebangkitan yang begitu luar biasa hebat, gelombang besar di mana sebahagian besar rakyat, orang Melayu beri sokongan kepada PN. 

“Lebih 60% hingga 70% Melayu bangkit, nak pilih PN sebagai parti mereka yakini dan percaya. 

“Pasti ini sudah dinilai oleh (Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad) Zahid (Hamidi) dan mereka yang ada dalam kerajaan ini dianggap sebagai ancaman besar kepada keberadaan dan penerusan mereka untuk mentadbir negara sebagai kerajaan,” katanya.

Muhyiddin juga yakin parti lawan menyedari keupayaan PN untuk menawan negeri dikuasai mereka seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

“Mereka sedar akan ada enam lagi PRN yang akan dihadapi dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi.

“Kalau gelombang ini berterusan mereka pasti takut semua enam negeri akan tumbang atau yang menang kekal menang seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan tiga lagi akan dimenangi PN,” katanya.

Muhyiddin juga mendakwa, pentadbiran kerajaan juga tidak akan berhenti mencari jalan untuk menekan mereka, khususnya membabitkan undang-undang berkaitan penggubahan wang haram.

“Saya kira mulai sekarang tindakan mereka terus rakus, mereka tidak akan berhenti cari sebab musabab tindakan undang-undang berkaitan penggubahan wang haram dan rasuah.

“Sama ada nyata atau tidak tetap akan ambil tindakan terburu buru,” tambahnya.

Muhyiddin juga menambah, kerajaan juga sedar kelemahan pentadbiran mereka dan menggunakan undang-undang bagi menjatuhkan pembangkang seperti mereka.

“Saya fikir mereka sedar mereka hadapi masalah besar tak reti urus negara, ada rasa cemas dikalangan rakyat berterusan mereka tak mampu bantu.

“Lebih teruk cara mudah dengan tindakan zalim, bunuh pembangkang yang ada supaya mereka sahaja yang boleh hidup,” kata Muhyiddin.

Enam pertuduhan yang dikenakan kenakan terhadapnya juga kata Muhyiddin atas kedudukan sebagai presiden Bersatu, dan bukan atas kapasiti peribadi.

“Saya dituduh menerima suapan atau rasuah, ini saya kan pertahanan bila mahkamah bicara kes saya. InsyaAllah saya akan terbebas daripada bentuk kezaliman ke atas saya dan barisan pimpinan PN.

“Tapi saya dituduh seolah-olah secara peribadi, saya tak terima satu sen pun. Itu hukumnya haram.

“Perkara yang berlaku pada saat dan ketika ini tak lain apa yang kita nyatakan sebagai tuduhan terpilih ditujukan kepada saya, pengerusi PN dan presiden Bersatu sedangkan sebelum ini kes pemimpin parti lain, kita dengar sebelum ini melibatkan pemimpin parti dalam kerajaan. 

“Kenapa tindakan rakus diambil terhadap saya dan PN menerusi Bersatu ini,” katanya lagi.

Beliau sehubungan itu merasakan asas pendakwaan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

“Ini hanya muslihat politik untuk jahanamkan saya dan keluarga saya, saya tak tahu nak kata apa, langsung tidak bertimbang rasa, niat dan nawaitu hanya untuk menjatuh, merosakkan bukan sahaja diri saya tapi keluarga saya dan parti kita.

“(Tetapi) saya tak apa…saya akan berhadapan tuduhan ini dan kita akan bentang kes di mahkamah, saya cuma minta tolong satu, doa sahaja,” tambah Muhyiddin.

Antara barisan pimpinan PN yang hadir dan memberikan ucapan pada majlis malam tadi adalah Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali. – 12 Mac, 2023.



MUHYIDIN CAKAP

BETUL

AMIN

BERSATU DAPAT

SOKONGAN MELAYU

AMIN

MELAYU 

TAK SOKONG

PKR KERANA DAP

AMIN

MELAYU RASA

PKR JADI KUDA

TUNGGANGAN DAP

AMIN

MELAYU UMNO

PUN RAMAI 

LARI KERANA ZAHID

AMIN

MAKA JAWABNYA

BERSATU DIJADIKAN KORBAN

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejak zaman berzaman, mahiddin ni mmg sembab dan lembab..dulu najib pun ckp mcm tu akhirnya najib masuk penjara tapi umno masih hidup.andai haji hadi yg di dakwa, gua yakin para teknorat akan berebut jawatan dlm PAS. gua saran anwar buka balik kes rm90juta.

Tanpa Nama berkata...

mahiaddin cirit tutup parlimen ni wajib sedar diri. peguamnya pun bukan melayu jauh sekali islam. napa tiada peguam2 dari agama PAS melayu islam yg bantu..gua doakan dibuka semula kes2 rasuah haji hadi. cerita2 sarawak report wajib diupkan di tiktok..