Ahad, 12 Mac 2023

TERUSKAN BERHIMPUN




LFL gesa henti siasat perhimpunan aman penyokong Muhyiddin

KUMPULAN peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menggesa siasatan polis terhadap penyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang berkumpul di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya pada Khamis dihentikan serta-merta.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata siasatan itu satu penindasan dan tidak wajar bagi mana-mana kerajaan atau pemimpin yang menggelar diri mereka sebagai reformis.

“Pehimpunan di SPRM itu dibuat secara aman. Oleh itu, siasatan polis bukanlah bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, tetapi menghalang luahan perbezaan pendapat dan hak untuk berhimpun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyelar Pakatan Harapan (PH) kerana menyekat hak rakyat untuk bebas berhimpun selepas mengambil alih kerajaan.

Zaid mengingatkan pendirian PH yang melaungkan hak rakyat untuk berhimpun secara semasa gabungan itu jadi pembangkang.

“Pakatan Harapan, yang kini membentuk kerajaan persekutuan, selama ini konsisten menyokong hak orang ramai untuk bebas berhimpun tanpa gangguan polis. Adakah itu semua retorik semata-mata?” soalnya.

Tambahnya, perhimpunan awam boleh berlaku secara mendadak sebagai tindak balas segera kepada sesuatu keadaan, sama seperti yang dilakukan penyokong Muhyiddin di ibu pejabat SPRM.

Zaid berkata perhimpunan penyokong presiden Bersatu diadakan secara aman dan mereka bersurai selepas itu, justeru tiada keperluan untuk polis membuka kertas siasatan.

“Oleh itu kami menggesa kerajaan pimpinan PH supaya tidak mengingkari prinsipnya sendiri apabila mereka berkuasa, dengan memastikan hak untuk berhimpun secara aman dilindungi sepenuhnya. 

“Pertama, semua siasatan polis mesti dihentikan serta-merta terhadap sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan di ibu pejabat SPRM.

“Kedua, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan mesti secara terbuka berjanji tidak akan ada lagi tindakan keras terhadap mana-mana perhimpunan aman pada masa hadapan oleh mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan atau pembangkang atau orang awam,” kata Zaid. – 12 Mac 2023. 


RAKYAT WAJIB

SOKONG KENYATAAN

PEGUAM INI

AMIN

JAWPAN  BETUL

IALAH KELUAR

LAGI RIBU RIBU

KE JALAN RAYA

AMIN

KENA TANGKAP

KELUAR LAGI

AMIN

BARU BETUL

MACAM GERKANA

BERSIH AKHIRNYA

BERJAYA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena tanya siapa belakang, siapa suruh tanya manyak NGO ada belakang ada depan lain cerita kah kah kah, siapa tahu siapa boleh cerita kah kah kah manusia semakin celaru ikan kah kah semua nak tutup akhir sekali salah polisi salah undang undang salah semua lah, sendiri curik rasuah rompak tak apa sebab tiket sudah beli ke atas kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ada telur ke panglima2 PAS BERSATU nak turun demo..diperhimpunan badut lg mat jargon kata tak perlu turun demo sb rating kat tiktok naik..