Isnin, 17 April 2023

BERITA MENITIS AIR MATA



Dijangka RM110 juta barangan digadai selepas Aidilfitri, kata Ar-Rahnu 

LEBIH ramai orang akan menggadaikan barang berharga mereka atau mendapatkan pembiayaan semula selepas Hari Raya berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat, kata skim pajak gadai Ar-Rahnu kepada The Malaysian Insight. 

Skim pajak gadai Islam itu menyasarkan RM110 juta dalam pengeluaran pinjaman kepada pelanggan atau kemungkinan pelanggan baharu pada Mei. 

Penolong Pengurus Jabatan Co-opbanknya Muhamad Hafizh Abdul Rahim berkata pelanggan bergantung kepada perubahan harga emas tetapi menambah jumlah itu berkemungkinan meningkat selepas perayaan Aidilfitri.

“Buat masa ini jumlah pelanggan tidak meningkat untuk bulan Ramadhan. 

“Ini kerana orang ramai mahu memakai barang kemas mereka semasa Hari Raya. 

“Jadi lebih ramai yang menebus barangan mereka daripada menggadaikannya,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Katanya, mereka menjangkakan lonjakan pasaran selepas sambutan Hari Raya. 

Hafizh berkata untuk April mereka menjangkakan kira-kira RM55 juta pengeluaran pinjaman. 

“Pada Mei kami menjangkakan akan mengeluarkan dua kali ganda jumlah ini iaitu RM110 juta. 

“Kami menjangkakan pelanggan baharu dan pastinya akan berlaku pertindihan (pembiayaan) dengan barangan sedia ada yang kami sudah ada (di Ar Rahnu).” 

Tinjauan baru-baru ini oleh Universiti UCSI menunjukkan 89% daripada responden “sangat bimbang” tentang peningkatan kos sara hidup kerana ia menjejaskan pendapatan mereka.

Inflasi meningkat sebanyak 0.8%, daripada 2.5% pada 2021 kepada 3.3% pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan. 

Dalam kaji selidik rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas juga mendapati 61% daripada responden tidak menyangka kerajaan berusaha sehabis baik untuk menangani isu kos sara hidup. 

Universiti itu berkata 1,031 orang mengambil bahagian dalam tinjauan itu dengan 59% daripada mereka mempunyai pekerjaan, 12% menganggur, 23% pelajar dan 6% pesara. 

Hafizh berkata, ketika ini mereka mempunyai 30 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Beliau berkata semua cawangan itu mengeluarkan kira-kira RM3.5 juta hingga RM4.5 juta setiap hari. 

Tambahnya tempoh pajakan Ar Rahnu untuk barangan ialah 12 bulan dengan lanjutan enam bulan tanpa bayaran pemprosesan. – 17 April, 2023.

BERITA MACAM

INI TAK BACA

SALAH

AMIN

BILA BACA 

AIR MATA MENITIS

AMIN

HILANH PEDOMAN

SABENTAR

TAK TAHU

APA YANG WAJIB DILAKUKAN

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inflasi 3.3 peratus sangat tinggi. setahun dari hari ini roti seringgit akan jadi seringgit tiga puluh sen