Isnin, 17 April 2023

KAHWIN PAKSA - AIR MONEY MASUK BANK ?



Ismail anggap kerjasama Umno-PH kahwin paksa yang bakal roboh

Bekas naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob meneruskan kritikan terhadap kerajaan berusia lima bulan dipimpin oleh Anwar Ibrahim, menyamakan gabungan partinya dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai "perkahwinan paksa" yang mungkin sukar untuk bertahan lama merujuk kepada kenyataan terbaru antara pemimpin Umno dan DAP. 

Bekas perdana menteri itu berkata keretakan dalam gabungan itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang disifatkan sebagai menghina parti Melayu itu.

"Setakat ini, baru permulaan. Kita tengoklah. Saya tak mahu komen lebih. Tapi dah ada dah, DAP komen tentang Umno, Umno komen tentang DAP," katanya kepada pemberita semalam.

"Itulah saya kata, kahwin paksa tak boleh. Kahwin mesti suka sama suka. Suka sama suka bukan setakat di peringkat kepimpinan tetapi di akar umbi juga mesti menerima perkahwinan ini. Kalau tidak, inilah akan berlaku. Mungkin akan lebih teruk lagi. Kita tunggu dan lihat," tambah Ismail.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini membidas pemimpin PH kerana mempertikaikan keputusan parti itu menyertai kerajaan campuran demi kelangsungan politiknya selepas ditolak oleh pengundi Melayu dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Jazlan mendakwa DAP menjadi liabiliti kepada kerajaan campuran untuk memenangi semula sokongan orang Melayu.

"Survival mereka hanya bergantung kepada kerusi majoriti Cina dan kerusi campur untuk menang 80 kerusi pada PRU15 lalu," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Puad Zarkashi mengecam Lim Kit Siang selepas pemimpin DAP itu membantah permohonan pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

"Mereka takut jika Najib bebas. Dia ancaman kepada PH dan Anwar. Mereka takut, Umno tambah kuat melalui gabungan Najib-Zahid," kata Puad.

Ismail, yang merupakan antara pemimpin Umno menentang tindakan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong Anwar susulan Parlimen tergantung pada pilihan raya tahun lepas, berkata perlu ada cinta dalam perkahwinan.

"Kahwin paksa memang tak akan tahan lama. Kalau kahwin paksa seperti ini, tidak ada perasaan cinta antara satu sama lain, akhirnya akan berlakulah keretakan dan mungkin akan berlaku keretakan membawa belah dan sebagainya," katanya.

Anwar dan pemimpin kerajaan menganggap pentadbiran mereka sebagai "kerajaan perpaduan" demi memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin politik untuk membentuk kerajaan campuran susulan keputusan pilihan raya pada November lalu, yang menyaksikan tiada satu gabungan mendapat majoriti mudah. 

Selepas menghadap Agong, Anwar dilaporkan bersetuju dengan titah itu manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata gabungannya lebih rela menjadi pembangkang daripada bekerjasama dengan PH. 

PN yang ditunjangi Bersatu dan PAS, menewaskan Umno dalam pilihan raya lalu, meraih sokongan daripada penyokong parti pemerintah di kebanyakan kawasan di Semenanjung.

Trend yang sama mungkin dilihat dalam enam pilihan raya negeri akan datang, di mana penganalisis berpendapat kerjasama PH-Umno tidak akan memihak kepada parti Melayu dalam usahanya untuk memenangi semula sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda.

WOIT

INI KAWIN TITAH

KAH KAH KAH

DAH ENTOT

KE BELUM

KAH KAH KAH

KALAU DAH ENTOT

AIR MONEY

DAH MASUK BANK

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

BILA RUNTUH

JADI JANDA 

TAK BERDUIT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: