Isnin, 17 April 2023

UMNO MULA TIBAI DAP


DAP takut jika Najib dibebaskan – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Puad Zarkashi mendakwa DAP takut sekiranya bekas  Najib dibebaskan melalui pengampunan diraja.

Menurut beliau, Najib dianggap sebagai ancaman kepada Pakatan Harapan (PH) dan pengerusinya, Anwar Ibrahim.

Mohd Puad berkata, mereka juga takut UMNO akan menjadi bertambah kuat melalui gabungan Najib dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

“Apatah lagi Ahmad Zahid makin kukuh dalam UMNO,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau mengulas kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang Selasa lalu yang memberi amaran bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar boleh tumbang sekiranya Najib dikurniakan pengampunan diraja.

Mesyuarat MKT UMNO pada 7 April lalu sebulat suara memutuskan untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung kes SRC International.

Mohd Puad turut mengingatkan, DAP merupakan punca kerajaan PH di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad tumbang selepas 22 bulan berkuasa.

Beliau menambah, DAP juga adalah alasan utama Presiden Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan Langkah Sheraton.

“Sebenarnya DAP boleh jadi punca Kerajaan Perpaduan runtuh. Bukan Najib atau Ahmad Zahid.

“Bukan mudah UMNO betulkan dasar ‘No DAP No Anwar’. Gelagat DAP dan menterinya umpama bom jangka,” jelasnya. – 

UMNO KEMBALI

SEDAR

NO ANWAR 

NO DAP

KHALAS

DAP KINI

DITUDUH PUNCA

KERJAAN JATUH

AMIN

DAP MASIH

DILIHAT MUSUH

KETAT UMNO

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

KAWIN PAKSA

KERAJAAN KAWIN 

DILUAR TABII

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bawah sini satu saja, mahu cari makan, mahu gaji, mahu rumah, simple saja keperluan rakyat, atas kayangan lain pulak niat mereka, satu nak tibai billion satu tibai beratus juta mana satu kena? Kah kah curi susu anak curi Milo satu paket masuk terus tak ada jamin, tak ada tangguh tak ada ampun langsung kah kah kah masih tak faham? Kah kah kah