Isnin, 17 April 2023

LIM KIT SIANG KATA - KERAJAAN AKAN RUNTUN JIKA NAJIB DI BEBAS


KERAJAAN AKAN

RUNTUH JIKA

NAJIB DI BEBAS

KHALAS

]

Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Rabu, 12 April 2023:

Melawan rasuah dan mengembalikan kebebasan badan kehakiman adalah dua prinsip utama yang tidak boleh dikompromi oleh kerajaan perpaduan Anwar

Saya katakan semalam yang peluang kerajaan perpaduan Anwar untuk bertahan selama sepenuh penggal lima tahun adalah positif tetapi kerajaan ini tidak boleh merosakkan dirinya sendiri dengan dasar-dasar yang lari dari nilai asas dan prinsip utama pembinaan negara yang disokong oleh empat Presiden terawal UMNO. 


Melawan rasuah untuk meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara terbaik dunia yang mempunyai integriti awam dan rasuah yang minima dan usaha untuk mengembalikan kebebasan badan kehakiman adalah dua prinsip utama yang tidak boleh dikompromi oleh kerajaan perpaduan Anwar. 

Serangan baru-baru ini terhadap usaha mengembalikan kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang adalah satu perkara yang membimbangkan kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat keutamaan diberikan kepada usaha menetapkan semula Malaysia kepada prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya. 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kekalahan UMNO kepada Perikatan Nasional dalam kalangan pengundi Melayu menunjukkan bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BOSSKU walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan, kerana sekiranya perkara ini betul, UMNO sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar.

Baru-baru ini, satu lagi pula parti politik telah mengumumkan yang orang Melayu telah “kehilangan kuasa politik dan ekonomi di Malaysia”. 

Perkara ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, terutamanya dalam satu masa ketika mana seorang yang beretnik Pakistan telah menjadi Menteri Pertama dan ketua Parti Nasionalis Scotland manakala seorang yang beretnik India pula telah menjadi Perdana Menteri dan ketua Parti Konservatif. 

Namun, pertuduhan tidak berasas ini perlulah disangkal dan dibuktikan tidak berasas, jika tidak, perkara ini tidak akan memberikan manfaat kepada pihak yang membuat tuduhan ini, sebaliknya hanya memberi manfaat kepada Perikatan Nasional. 

Dan sangkalan terbaik terhadap tuduhan ini adalah prinsip-prinsip asal pembinaan negara Malaysia yang majmuk yang disokong oleh empat orang Presiden UMNO yang terawal, Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn. Seperti yang dikatakan Tunku, Malaysia bercita-cita untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” dan bukannya untuk menjadi bahan jenaka dunia dengan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik. 

Kerajaan perpaduan Anwar perlu memasuki pilihan raya umum di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu – pada bulan Julai/Ogos untuk menegakkan prinsip-prinsip awal negara – demokrasi berparlimen, badan kehakiman yang bebas, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, dan “perpaduan dari kepelbagaian” – yang dibawa oleh tiga orang Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn, supaya Malaysia tidak menjadi sebuah negara teokratik, berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

LIM KIT SIANG


Tiada ulasan: