Selasa, 14 Mac 2023

TEH TARIK TALIBAN


Pengundi Umno, DAP boleh beralih kepada Perikatan dalam PRN, kata PAS

GABUNGAN Perikatan Nasional (PN) boleh menjadi pilihan kepada sebilangan penyokong Umno dan DAP yang tidak berpuas hati di pantai barat pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata mungkin berlaku perubahan undi terutama daripada sekumpulan penyokong Umno dan DAP yang tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan perpaduan yang memerlukan musuh lama bekerjasama.

“Sebahagian daripada kumpulan itu mungkin mempunyai kecenderungan untuk menyokong Pakatan Harapan khususnya di Selangor.

“Tetapi data yang kami ada menunjukkan mungkin ada perubahan,” kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insight.

Tuan Ibrahim berkata Umno dan DAP bekerjasama kini di bawah Kerajaan Perpaduan bertentangan dengan keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno.

“Apabila melihat Kerajaan Perpaduan ini, tidak semua penyokong Umno akan bersetuju dengan parti itu menyertai kerajaan yang bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana mandat dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno.

“Keputusan yang dibuat dalam perhimpunan itu kini dilanggar.

“Jadi sebahagian Umno (penyokong) kecewa dengan apa yang berlaku, malah ada juga daripada DAP.

“Dulu DAP menyerang Umno kerana rasuah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebagainya tetapi kini tiba-tiba mereka berkawan dalam kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata mereka membuat kajian di enam negeri dengan maklumat awal menunjukkan terdapat kumpulan dalam kedua-dua parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Beliau menambah pengundi Umno dan DAP akan menilai semula sokongan mereka kepada parti-parti ini yang menurutnya boleh dilihat pada enam PRN akan datang.

Tiada masalah untuk pengundi PH undi PAS

Tuan Ibrahim berkata pengundi yang tidak berpuas hati ini khususnya di Selangor tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengundi PAS dalam PRN kerana beliau mendakwa mereka akan mengundi parti Islam itu apabila menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata pengundi pada hari ini terutamanya yang lebih muda tidak terlalu cenderung dengan parti tertentu sebaliknya menilai sesuatu parti berdasarkan pencapaian dan keyakinan mereka.

“Pengundi di Selangor pernah mengundi PAS sebelum ini kerana PAS bersama kerajaan negeri ketika itu di bawah Pakatan Rakyat.

“Mereka (pengundi) tidak terlalu ekstrem terhadap parti tetapi mereka melihat kepada pencapaian, prestasi, dan keyakinan terhadap calon. Ini adalah faktor penting bagi mereka.

“Bagi pengundi muda pula mereka jauh berbeza dengan pengundi yang lebih berusia di mana pengundi yang terdahulu terikat secara sentimen kepada parti politik.

“Orang muda tidak cenderung kepada mana-mana parti. Mereka hanya menyokong. Apa yang mereka mahukan ialah negara yang bersih daripada rasuah dan berintegriti tinggi. Faktor-faktor ini menarik minat mereka,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata kejayaan PAS di Kelantan, Terengganu dan tempoh singkat mereka dalam kerajaan juga boleh menarik minat pengundi. – 14 Mac 2023.

WOIT

KALAU BETUL

INI BERLAKU

KITA AKAN PARAH

AMIN

PARAH KERANA

TALIBAN JADI

KERAJAAN

AMIN

KITA SEMUA

AKAN DI PAKSA

MINUM TEH TARIK

MACAM DIKELANTAN

OPPS.. SILAP

DI SERAMBI MEKAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: