Selasa, 14 Mac 2023

MANGSA BANJIR MASIH TINGGI


Lebih 38,000 mangsa banjir masih berlindung di PPS

SERAMAI 38,738 mangsa banjir masih berlindung di 126 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini. 

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 39,677 pada 8 malam tadi kepada 38,587 pagi ini. 

Seramai 10,747 keluarga masih ditempatkan di 123 PPS yang beroperasi di empat daerah terjejas masing-masing 37,827 orang di Batu Pahat, diikuti di Muar (504 orang),  Segamat (193 orang) dan Tangkak 63 orang. 

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini. 


Mangsa banjir di Johor

 dan Melaka

 berkurangan, 

Pahang kekal

JUMLAH mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menurun manakala Pahang tidak berubah dengan 39,846 orang ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini. 

Di JOHOR jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 39,677 orang setakat 8 malam ini berbanding 40,005 direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan tiga PPS di Muar dan Batu Pahat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin di Muar manakala di Batu Pahat pula ialah Yong Peng High School dan Sekolah Agama Air Puteh, menjadikan 125 PPS masih beroperasi di empat daerah setakat ini. 

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 38,878 daripada 10,847 keluarga; diikuti Muar dengan 524 mangsa (163 keluarga); Segamat 212 orang (56 keluarga) dan Tangkak 63 mangsa (12 keluarga).

Dua sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.39 meter (m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.62m) selain Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar yang mencatatkan bacaan 3.37m.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin terus berkurang kepada 24 mangsa daripada lima keluarga malam ini berbanding 55 mangsa daripada 13 keluarga pada 2 petang.

Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal seperti petang tadi iaitu 145 orang daripada 51 keluarga di daerah Rompin.

Seramai 90 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS SK Leban Chondong manakala 55 orang daripada 22 keluarga di PPS SK Kampung Aur. – Bernama, 13 Mac 2023.


BANJIR MAKIN

SURUT

AMIN

LEPAS NI

PEMBERSIHAN

AMIN

INI  BUKAN

KERJA SENANG

AMIN

SAPA DEKAT

SAPA ADA MASA

SILA BANTU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: