Jumaat, 20 September 2024

TAKI SERANG SAIFUDDIN



Ganti Saifuddin Nasution sebagai Menteri KDN – Pas
  
SEPANG — Saifuddin Nasution Ismail tidak menunjukkan kelayakan yang memadai untuk terus kekal sebagai Menteri Dalam Negeri susulan kenyataan tanpa bukti terhadap Pas dan presiden parti itu  Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan mendakwa kenyataan Saifuddin itu penuh dengan kelemahan serta kekal sebagai tuduhan dan dakwaan semata-mata.

Katanya, kenyataan itu sangat sumbang, mengandungi banyak kecacatan sehingga menimbulkan tanda tanya berhubung tahap kestabilan emosi beliau, sekali gus kelayakannya untuk kekal sebagai seorang menteri Kabinet.

Beliau merujuk kenyataan Saifuddin Nasution bertajuk “Politik kebencian Pas, fitnah dan mengelirukan rakyat antara fakta dan retorik menyimpang berlandaskan agama Islam terus menipiskan kredibiliti mereka untuk memimpin negara Malaysia,”.

“Membuat tuduhan tanpa diikuti siasatan dan pendakwaan bukanlah tindakan yang diharapkan daripada seorang menteri, terutama sekali Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung ke atas keselamatan dan ketenteraman negara.

“Sebaliknya ia merupakan pengabaian tugas dan tanggungjawab yang jelas, sementara tuduhan tanpa bukti yang dibuat oleh menteri berkenaan boleh dianggap sebagai fitnah yang mendedahkan kementerian kepada tindakan guaman oleh pihak-pihak yang terkesan dengannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan isu yang diketengahkan, Takiyuddin berkata Pas percaya Saifuddin tidak lagi layak untuk kekal di jawatannya.

“Perkembangan yang berlaku dalam parti yang diwakilinya, terutama kedudukan sebagai Setiausaha Agung yang pernah disandangnya sebelum ini mengesahkan kesangsian berkenaan kelayakan beliau.

“Justeru adalah munasabah dan bertanggungjawab sekiranya Perdana Menteri turut mengambil tindakan yang serupa dengan menggantikan beliau dengan pemimpin yang lebih berkelayakan sebagai menteri sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan tidak dapat dikawal lagi,” katanya.

Menurut Takiyuddin, pengguna-pengguna Bahasa Kebangsaan akan berdepan kesukaran untuk memahami tajuk kenyataan tersebut kerana kelemahan penguasaan bahasa, selain menggambarkan kecelaruan fikiran penulisnya.

“Sebagai seorang menteri yang dibantu begitu ramai pegawai, tentulah rakyat mengharapkan standard yang lebih tinggi berhubung perkara ini, baik dari sudut penguasaan bahasa lebih-lebih lagi kejelasan maksud yang hendak disampaikan.

“Dalam konteks ini, Pas berharap menteri terbabit tidak menyalahkan orang lain atau apa-apa aplikasi bahasa dan penulisan atas kelemahan yang menjolok mata itu,” katanya yang dipercayai merujuk kepada Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, (tanpa menyebut nama) dengan menyentuh mengenai “aplikasi bahasa”.

Isnin lalu, Kok mendakwa bahawa salah terjemah oleh alat AI ChatGPT membawa kepada kekeliruan mengenai kenyataannya baru-baru ini mengenai pensijilan halal, mengakibatkan salah faham.

Kok berkata kenyataan asalnya yang dikeluarkan dalam bahasa Mandarin telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh rakan sekerja menggunakan ChatGPT kerana kekangan masa.

Sementara itu, Takiyuddin juga mempersoalkan tindakan Saifuddin menandatangani kenyataan medianya itu sebagai menteri dan dalam kapasiti sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH).

“Sejak bilakah dua kedudukan ini boleh digandingkan dalam kenyataan rasmi kerajaan dengan menggunakan kepala surat rasmi kementerian pula?

“Apakah di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini, garis pemisah antara tugas-tugas rasmi kerajaan dengan peranan politik seseorang sudah diketepikan dan tidak dihormati lagi?

“Apakah ini juga memberi gambaran bahawa campur aduk antara fungsi kerajaan dengan fungsi politik yang jelas merupakan suatu bentuk salah guna kuasa akan berterusan dan menjadi wajah kekal kerajaan?” katanya.

Takiyuddin turut mendakwa Saifuddin mengenepikan protokol, adab dan etika, yang menjadi prasyarat dalam pentadbiran kerajaan, dengan merujuk presiden Pas sebagai “Hadi Awang atau Abdul Hadi Awang” bukannya “Tan Sri Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang”.

Katanya, ia adalah perbuatan biadab dan tidak hormat bukan sahaja terhadap individu terbabit, tetapi juga kepada penganugerah gelaran-gelaran itu sendiri.

Lebih memalukan ia dilakukan dalam komunikasi rasmi seorang menteri Kabinet sebuah kerajaan yang kerap bercakap tentang budaya serta akhlak murni dan budaya unggul .

“Persoalan penting dalam hal ini ialah sama ada sikap biadab dan memalukan ini akan menjadi ciri kekal pemimpin-pemimpin kerajaan kini. Tanpa tindakan tegas terhadap menteri terbabit, Pas percaya keterlanjuran jelek seperti ini akan menjadi kelaziman yang dibiasakan oleh kerajaan hari ini,” katanya..— BebasNews

WOIT

KENAPA SERANG

SAIFUDDIN?

AMIN

APAKAH KERANA

DIA BUKAN LAGI

SU AGONG PKR?

AMIN

SAIFUDDIN KALAH

DALAM PRU15

AMIN

SAIFUDDIN KALAH

DALAM PEMILIHAN

PKR

AMIN

APAKAH KERANA 

INI TAKI BERANI

MENYERANG

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: