Jumaat, 20 September 2024

SANUSI NAK GANTI MADEY KE ?




Sanusi ada tugasan rasmi di Jepun, bukan bercuti

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor disahkan sedang berada di luar negara atas urusan rasmi sejak 17 September lalu.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sedang berada di Kumamoto, Jepun bagi mengetuai delegasi mempelajari proses pengurusan operasi empangan bawah tanah di wilayah berkenaan.

“Ini kerana satu projek alternatif akan dijalankan di Langkawi untuk mendapatkan bekalan air dari sumber bawah tanah bagi memenuhi keperluan pengguna di Pulau Permata Kedah itu sehingga tahun 2040.

“Projek terbabit adalah di bawah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC),” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Sanusi sedang bercuti ke luar negara ketika beberapa daerah di negeri Jelapang Padi itu dilanda banjir dan ribut.

Menurut kenyataan itu lagi, lawatan sambil belajar itu turut disertai beberapa kakitangan pengurusan dan teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Katanya, projek untuk membina empangan air bawah tanah di Langkawi yang dijangka siap pada tahun 2028, adalah yang pertama di Asia Tenggara.

Empangan berkenan amat diperlukan bagi mengatasi masalah bekalan air di Langkawi yang sering terjejas sekali gus mencemarkan imej sebagai antara pulau pelancongan yang terbaik di dunia.

“Jepun sememangnya memiliki teknologi, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi dalam pengurusan empangan bawah tanah, selain di Kunamoto, empangan yang sama juga terdapat di Okinawa,” tambah kenyataan itu lagi.

Katanya, lawatan berkenaan telah diatur lama susulan keputusan dibuat dalam mesyuarat LSANK bertarikh 1 April 2024.-

WOW

HEBAT NUSI NI

KAH KAH KAH

KE JEPUN 

MACAM MADEY

KAH KAH KAH

TAK NAK CARI

PELABURAN 

DI JEPUN ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: