Jumaat, 20 September 2024

APA BALASAN HIZBULLAH ?



Israel lancar pengeboman ngeri terhadap Lubnan

BEIRUT: Pesawat pejuang Israel pada Khamis melancarkan serangan paling hebat ke atas selatan Lubnan dalam perang yang kini sudah menghampiri tempoh setahun.

Ia sekaligus meningkatkan konflik antara Israel dan pejuang Hizbullah di tengah gesaan, terutama daripada Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) supaya ketegangan itu dihentikan.

Rumah Putih berkata, penyelesaian diplomatik boleh dicapai dan perlu disegerakan, dengan Britain menggesa gencatan senjata segera antara Israel dan Hizbullah.

"Kami takut dan bimbang mengenai potensi ketegangan akan terus meningkat," menurut jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre.
Pengeboman sengit itu menyusuli serangan awal minggu yang dikaitkan oleh Lubnan dan Hizbullah kepada Israel, yang meletupkan radio serta alat kelui Hizbullah, membunuh 37 orang dan mencederakan kira-kira 3,000 lagi di Lubnan.

Dalam operasi pada Khamis itu, tentera Israel berkata, jetnya yang beroperasi selama dua jam menyasarkan ratusan laras pelancar pelbagai roket di selatan Lubnan.

Pengeboman itu termasuk lebih 52 serangan di seluruh selatan Lubnan selepas jam 9 malam (1800 GMT), menurut agensi berita negara Lubnan, NNA.

Tiga sumber keselamatan Lubnan berkata ini adalah serangan udara paling berat sejak konflik bermula pada Oktober. Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini.

Tentera Israel berikrar untuk terus menyerang Hizbullah dan menyatakan serangannya sepanjang Khamis mengenai kira-kira 100 pelancar roket serta sasaran lain di selatan Lubnan.

Dalam ucapan di TV pada Khamis, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata letupan peranti pada Selasa dan Rabu sudah melepasi semua garis merah.

"Musuh melampaui semua kawalan, undang-undang dan moral," katanya, sambil menambah serangan itu boleh dianggap jenayah perang atau pengisytiharan perang.

Ketika ucapan Nasrallah disiarkan secara langsung di televisyen, bunyi letupan daripada serangan pesawat Israel yang menggegarkan Beirut jelas kedengaran.

Israel bagaimanapun tidak langsung mengulas mengenai insiden letupan itu, yang menurut sumber keselamatan mungkin dilakukan agensi perisiknya, Mossad, yang mempunyia sejarah melakukan serangan umpamanya di negara asing.

Misi Lubnan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Khamis berkata, Israel bertanggungjawab meletupkan peranti itu melalui mesej elektronik.

Difahamkan, bahan letupan dimasukkan ke dalamnya sebelum produk berkenaan tiba di Lubnan, seiring dengan beberapa teori yang diperkatakan sejak kes letupan itu.

UNSC dijangka bermesyuarat pada Jumaat susulan kes letupan itu.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menggesa UNSC mengambil pendirian tegas untuk menghentikan pencerobohan dan perang teknologi Israel. - REUTERS

GARIS MERAH

DAH DILINTASI

AMIN

DUNIA TUNGGU

APA BALASAN

YANG AKAN

DI AMBIL OLEH

HIZBULLAH

AMIN

Tiada ulasan: