Jumaat, 20 Mac 2026

SELAMAT HARI RAYA DARI TIM TUKAR TIUB


SELAMAT HARI RAYA

DARI TIM 

TUKAR TIUB

SETANYAHU BUAT LAWAK JARI HILANG


SETANYAHU BUAT

SIDANG AKHBAR

TAPI TAK 

KELIHATAN

WARTAWAN 

BERKUMPUL

KAH KAH KAH

LAGI LAWAK

KALI INI JARI

 SETANYAHU

HILANG 

KAH KAH KAH

KHALAS

FAHAMI APA ITU MAFIA KORPORAT


MEMAHAMI

APA ITU

MAFIA KORPORAT

AMIN 

KUIL HARAM - PROJEK ALIH CERITA


KUIL HARAM

PROJEK ALIH CERITA

MAFIA KORPORAT

KHALAS

APA RAHSIA AZAM BIN BAKI TAHU TENTANG ANWAR BIN IBRAHIM ?


APA SEBAB

ANWAR BIN

IBRAHIM PERTAHAN

AZAM BIN BAKI ?

AMIN

APA RAHSIA

ANWAR BIN

IBRAHIM  YANG

AZAM BIN BAKI 

TAHU ?

JENG JENG JENG

KHALAS

APA

'Bisu seribu bahasa' – Kerajaan digesa jelaskan dakwaan Azam bin  Baki miliki saham RM14 juta dalam 9 syarikat


Sebuah kumpulan pendesak anti-rasuah mempersoalkan ketiadaan respons daripada Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim berhubung dakwaan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki, didapati memiliki pegangan saham bernilai kira-kira RM14.4 juta dalam sembilan syarikat.

Malaysians Against Governmental and Institutional Corruption (Magic) mempersoalkan sikap Putrajaya yang dianggap "membisu seribu bahasa" walaupun selepas seminggu bekas menteri Rafizi Ramli memetik spekulasi mengenai penemuan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kerajaan.

"Tiada respons, tiada penjelasan, malah tiada penafian daripada perdana menteri, menteri dalam negeri, SPRM atau Azam bin Baki sendiri," kata peguam dan pengasas Magic, Mahajoth Singh.

"Sikap membisu ini lebih terserlah di sebalik kenyataan berulang kali bahawa laporan jawatankuasa itu akan siap dalam beberapa hari. Jika pendedahan itu tidak benar atau salah, ia sepatutnya disangkal serta-merta."

Pada 13 Mac, Rafizi menggesa kerajaan mendedahkan hasil siasatan terhadap Azam bi Baki, sambil menyatakan terdapat spekulasi bahawa jawatankuasa siasatan tiga anggota dipengerusikan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokthar telah mendapati ketua SPRM itu memiliki saham bernilai lebih RM14 juta dalam sembilan syarikat, jauh melebihi jumlah yang dilaporkan Bloomberg bulan lalu.

"Sekiranya dakwaan bahawa jumlah saham yang terlibat adalah RM14 juta di dalam 9 syarikat itu benar, kegagalan kerajaan menyiasat punca kekayaan Azam bin Baki akan dilihat sebagai bukti kerajaan bersubahat untuk melindungi Azam bin  Baki," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Mahajoth berkata ketiadaan respons daripada kerajaan memberi isyarat bahawa kewujudan jawatankuasa siasatan khas itu adalah sia-sia.

"Sedangkan perdana menteri sendiri memberi jaminan di Parlimen bahawa perkara itu akan ditangani secara telus dan mengikut proses yang sewajarnya," katanya.

"Oleh itu, rakyat berhak menjangkakan hasil siasatan ini akan didedahkan. Sikap berdiam diri yang berterusan menimbulkan kebimbangan serius tentang ketidakadilan prosedur dan pelanggaran kedaulatan undang-undang."

Menurutnya, Putrajaya mesti mendedahkan secara terbuka penemuan jawatankuasa itu, termasuk senarai syarikat yang dikaitkan dengan pemilikan saham Azam bin Baki.

"Tanpa pendedahan segera, keseluruhan proses umpama sandiwara dan bukannya tindakan akauntabiliti yang tulen," katanya.

Bulan lalu, Bloomberg menerbitkan dua laporan mengenai Azam di samping pendedahan mendakwa kaitannya dengan sekumpulan individu penyangak.

Bloomberg melaporkan Azam bin memiliki berjuta-juta saham bernilai kira-kira RM800,000 dalam sebuah syarikat tersenarai, yang melanggar pekeliling kerajaan melarang penjawat awam daripada pegangan sedemikian.

Azam bin Baki berkata saham tersebut dibeli tahun lalu, ketika beliau masih menjadi ketua SPRM.

Pada 12 Februari, satu lagi laporan Bloomberg mengaitkan Azam bin Baki dengan kumpulan dikenali sebagai "mafia korporat", yang dikatakan berpakat dengan SPRM untuk memaksa ahli perniagaan melepaskan pegangan mereka dalam syarikat awam tersenarai secara paksa.

Pendedahan itu mencetuskan gesaan agar Azam bin Baki disingkirkan daripada SPRM dan supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasatnya.

Anwar bin Ibrahim , yang sebelum ini melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam bin Baki sebanyak tiga kali, setakat ini enggan menggantikan Azam  bin Baki.

"Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa? Ini satu penyakit. Orang buat kerja, you (awak) maki pasal apa? Salah," kata Anwar bin Ibrahimketika menjawab soalan wartawan.

AWAS!!! ANWAR BIN IBRAHIM TAK ADA SOKONGAN MELAYU ISLAM


INI PROJEK

JAHAT MADANI 

NAK PECAH

BELAH MELAYU

DENGAN INDIA

AMIN

NAK KACAU

KESATUAN MELAYU

KERANA MADANI

TAK ADA SOKONGAN

MELAYU ISLAM

KHALAS 


Haniff Khatri bidas dalang memalukan keruhkan isu tanah, kuil

Sebuah kumpulan yang mendesak tindakan terhadap dakwaan pencerobohan tanah dan pembinaan struktur agama "haram" mendakwa bahawa imej mereka tercalar akibat tindakan "pihak ketiga yang tidak matang dan tidak bertanggungjawab".

Walaupun tidak menamakan individu terlibat, ketua interim Gerakan Rakyat Anti Haram (Garah) Haniff Khatri Abdulla berkata perkara ini mencetuskan salah faham terhadap objektif kumpulan itu dan dakwaan bahawa mereka berniat merobohkan semua rumah ibadat.

"Anehnya, pihak ketiga yang menjadi dalang menghasut dan memfitnah sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat adalah mereka yang tidak berani memunculkan diri! Memalukan!" kata peguam itu dalam satu kenyataan semalam.

ADS

Dia merujuk kepada pertemuan antara aktivis Islam dan Hindu di Putrajaya pada 18 Mac. Pertemuan itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada program Harmoni Madani, walaupun tidak dijelaskan pihak mana yang sebenarnya memanggil pertemuan itu

Bagaimanapun, program tersebut dilihat mendapat sokongan kuat kerajaan, dengan pihak polis memudahkan perbincangan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudiannya memuji usaha itu dalam satu kenyataan rasmi.

Tidak sentuh sekutu Garah

Haniff mendakwa hasutan pihak ketiga ini mengakibatkan polis menghentikan perhimpunan Garah bulan lalu serta serangan yang didakwa terhadap pendakwah bebas Zamri Vinoth dan personaliti media sosial S Chandrasegaran, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra.

Kenyataannya bagaimanapun tidak menyentuh kes melibatkan aktivis tanah Tamim Dahri Abdul Razak, yang menghadapi tindakan mahkamah kerana memijak trisula suci Hindu, atau soolam, mahupun kenyataan yang dianggap menghasut sensitiviti kaum dan agama oleh pendakwah mualaf Zamri Vinoth — kedua-duanya dianggap sekutu Garah.

Garah, katanya, ditubuhkan untuk mendesak pembentukan jawatankuasa pusat bagi menangani isu berkaitan pencerobohan tanah dan pertambahan jumlah tempat ibadat tanpa kebenaran — satu perjuangan yang menurutnya turut difahami oleh NGO India semasa pertemuan tersebut.

"Sangat menyedihkan bagaimana perjuangan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang digambarkan sebagai satu jenayah,” kata Haniff.

Menurut laporan, pertemuan itu dihadiri oleh 20 wakil Muslim dan 10 wakil Hindu, yang antara lain mencadangkan agar Jabatan Perdana Menteri menubuhkan jawatankuasa khas, dan supaya dilakukan audit tanah ke atas kuil-kuil.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar dan Presiden Persatuan Hindu dan Kuil Malaysia (Mahima) N Sivakumar kedua-duanya memberikan maklum balas positif mengenai pertemuan itu dalam satu sidang media selepas itu, dengan Zainul menyatakan akan ada perbincangan lanjut.

Langkah seterusnya

Haniff menambah bahawa perbincangan pada pertemuan itu menghasilkan persetujuan secara prinsip mengenai keperluan membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada pakar berkaitan untuk menjalankan tinjauan menyeluruh terhadap semua struktur yang dipertikaikan.

Dia berkata jawatankuasa yang dicadangkan itu kemudian akan menyediakan laporan penuh berserta cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan persekutuan bagi tindakan lanjut.

Haniff turut menyatakan keyakinan bahawa libat urus lanjut dengan NGO India akan dijalankan untuk meningkatkan kefahaman terhadap objektif Garah dan berusaha menyelesaikan isu berlarutan yang menurutnya wujud sejak merdeka.

“Ini hanyalah permulaan. Langkah seterusnya akan menyusul,” tambahnya.

Isu kuil "haram" timbul tahun lalu susulan pemindahan kontroversi kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang berusia seabad di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada sebuah masjid.

Legitimasi rundingan damai

Ini mencetuskan perdebatan yang memisahkan pendapat mengenai status undang-undang kuil Hindu, dengan ramai pihak memberikan tumpuan kepada status undang-undang struktur tersebut.

Pertemuan di Putrajaya yang melibatkan 30 NGO itu juga tidak bermula dengan baik. Walaupun mesyuarat dilaporkan bergerak ke arah positif, ketegangan timbul melibatkan ahli politik Hindu terkemuka dan seorang tokoh Muslim yang lantang yang tidak hadir, sekali gus menjejaskan usaha perdamaian tersebut.

Dalam satu kenyataan tegas pada 18 Mac, Malaysia Hindu Sangam (MHS) dan Jawatankuasa Pemandu Kuil Hindu Kebangsaan (NHTSC) menolak rundingan damai tersebut.

Presiden MHS dan NHTSC Ganesan Thangavellu berkata pertemuan itu tidak mempunyai mandat, tiada legitimasi, dan tiada kuasa untuk bercakap bagi pihak komuniti Hindu di Malaysia.

"Ketiadaan majoriti besar NGO Hindu, jawatankuasa kuil, dan kepimpinan peringkat kebangsaan, termasuk MHS dan NHTSC, menyebabkan sebarang hasil daripada pertemuan tersebut secara asasnya tidak mewakili komuniti tersebut.

"MHS mewakili rangkaian seluruh negara yang terdiri daripada lebih 1,800 kuil dan lebih 200 organisasi Hindu, manakala NHTSC adalah satu-satunya platform berstruktur yang kini bekerja di peringkat kebangsaan untuk menangani isu kuil melalui rangka kerja undang-undang, dasar, dan libat urus pihak berkepentingan.

"Sebarang percubaan untuk menyisihkan institusi-institusi ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi merosakkan usaha tulen untuk menyelesaikan isu kuil yang lama berlarutan," katanya.

Ganesan turut mengemukakan tiga soalan untuk dijawab oleh NGO tersebut dan kerajaan.

Soalnya:

  • Jika moratorium segera akan dikenakan ke atas semua tindakan penguatkuasaan terhadap kuil Hindu sementara menunggu pelaksanaan pelan nasional berstruktur NHTSC;

  • Jika semua notis pengusiran, pemindahan, dan tindakan berkaitan yang sedia ada akan disemak, ditangguhkan, atau dibatalkan dengan niat baik;

  • dan apakah jaminan mengikat yang disediakan untuk memastikan kuil tidak lagi terdedah kepada ancaman dan ketidaktentuan yang berulang.

"Biar kami jelaskan — isu terasnya bukan dialog. Isu terasnya adalah kegagalan untuk menyelesaikan kekurangan undang-undang, sejarah, dan dasar yang lama berlarutan menyelubungi status tanah, pengiktirafan, dan perlindungan kuil.

"Kecuali perkara ini ditangani secara tegas melalui rangka kerja nasional yang berstruktur seperti yang sedang diusahakan oleh NHTSC, isu-isu ini akan terus dieksploitasi, mewujudkan ketegangan yang sepatutnya boleh dielakkan dan mempertaruhkan kestabilan awam yang lebih luas," tambah Ganesan.

PERJUANGAN PATANI MERDEKA DI TERUSKAN


PERJUANGAN

PATANI MERDEKA

DI TERUSKAN

AMIN


Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, dua pengiring cedera

NARATHIWAT: Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus pulang dari sidang Parlimen di Bangkok, semalam.

Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak, berkata Kamolsak terselamat dalam kejadian itu itu namun, dua pegawai pengiring beliau tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Wisan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi ketika Kamolsak pulang ke kediamannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai selepas menghadiri proses pengundian Perdana Menteri baharu di Bangkok.

Menurut beliau, empat lelaki dipercayai sudah menunggu mangsa di hadapan kediaman sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan rasmi Ahli Parlimen itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pagi tadi, beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sejurus selepas menyerang mangsa.

Wisan berkata polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki suspek, dan keterangan daripada mangsa akan diambil dalam masa terdekat. - BERNAMA

PENGARAH ANTI TERORIS AMERIKA LETAK JAWATAN - TAK SETUJU PERANG DENGAN IRAN


PENGARAH

ANTI-TERORIS AMERIKA

LETAK JAWATAN

AMIN

TAK SETUJU DENGAN

PERANG DGN IRAN

KHALAS

LARANG SEMBAHYANG DI MASJID AL-AQSA


TAK MENGAPA

ZIONIS TAHUN INI

BOLEH TUNJUK

GEDEBE

AMIN

LADI DILARANG

LAGI DI LAWAN

AMIN

TAK LAMA LAGI

ISRAEL LUMAT

KHALAS


Israel larang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel melarang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan yang dikenakan susulan serangan Israel ke atas Iran.

Menurut Anadolu Ajansi, rakyat Palestin pada Jumaat menggesa umat Islam supaya berkumpul berhampiran Kota Lama untuk menunaikan solat sedekat mungkin dengan Masjid Al-Aqsa bagi menandakan berakhirnya Ramadan.

Polis Israel sebelum ini menggunakan belantan, bom bunyi dan gas pemedih mata terhadap rakyat Palestin yang menunaikan solat di luar tembok Kota Lama sebagai membantah sekatan di Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan.

Baitulmaqdis Timur yang diduduki memasuki tempoh perayaan dalam suasana yang suram.

Kota Lama, yang kebiasaannya dipenuhi rakyat Palestin menjelang Aidilfitri, kelihatan sunyi sepi seumpama sebuah bandar hantu.

Israel menyekat akses dengan alasan larangan berhimpun manakala peniaga Palestin dihalang daripada membuka kedai mereka, dengan hanya farmasi dan kedai makanan asas dibenarkan beroperasi.

Peniaga Palestin yang enggan dikenali kerana bimbang dikenakan tindakan balas oleh Israel berkata sekatan itu menyebabkan mereka berdepan tekanan ekonomi yang teruk. – BERNAMA-ANADOLU