Jumaat, 20 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

JUMAAT 20   MAC 2026

PUASA HARI KE 30 – CUKUP SEBULAN

PERANG HARI KE 21


SELAMAT HARI RAYA
ESOK KITA BERAYA. Ketika gumbira  beraya kita ingati umat Islam di negara lain yang sedang dalam peperangan. BUKAN SAJA IRAN – dimana umat Islam sedang berperang.

PERANG SEDANG  BERJALAN :
Pakistan berperang dengan Afghanistan
Lebanon berperang dengan Israel
Libya perang saudara
Sudan perang saudara
Yaman berperang dengan Israel
Turki berperang dengan Kurdish

Semua berpunca dari adu domba projek  imperialis Anglo-Amerika dan Zionis Israel.

JELAS - JIKA KITA PERHATIKAN DARI SUDUT GEO POLITK BAHAWA  ADA RANCANGAN  TERSUSUN UNTUK MEMASTIKAN  KEKUATAN ISLAM  AKAN DI PATAHKAN.

Negara Arab Teluk semuanya menjadi BARUA AMERIKA DAN ISRAEL.

Di Malaysia juga sedang diatur dan disusun untuk memastikan MELAYU  ISLAM di pecah-pecah.  Kita lihat bagaimana isu mazhab di besarkan. Kita sedang melihat bagai mana isu KUIL di gunakan untuk memecahkan  kesatuan umat.

Semua ini di atur dan di rancang. BUKAN JADI SECARA MAJIK – SEMAU DISUSUN SEMUA DI ATUR.

TRUMP LANCAR PERANG UNTUK ALIH ISU FILE EPSTEIN.

KUIL HARAM DI RANCANG UNTUK ALIH ISU MAFIA KORPORAT – amin

SELAMAT HARI RAYA  diucapkan kepada semua pembaca & pembenci TUKAR TIUB.

Kepada yang bersetuju TIM TUKAR TIUB ucap Selamat  Hari Raya. 

Kepada yang menyerang dan mencaci Tukar  Tiub  JUGA DIUCAPKAN   Selamat Hari Raya dan Terima Kasih.

 Serangan  dan cacian  itu membuktikan   bahawa apa yang Tukar Tiub buat  BERFUNGSI dan menusuk dada musuh. Jika Tukar Tiub tidak diserang  maknanya Tukar Tiub satu  blog gagal palat dan buat  kerja  palat -  kerja sia-sia.

Serangan dan cacian adalah TANDA YANG BAIK dan memberi SEMANGAT UNTUK TERUS MENGHASUT UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini Hokkien basah sejuk. Matahari dah keluar cahaya lemah.  Langit  biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Petang kemarin ujan lebat.

Cengkerik bersimponi – bumi basah. Tekukur berlagu. Tapi jalan korong. Agak sunyi mungkin pagi cuti umum  KL tak ramai kereta.

Gua rasa pagi ini takda sapa datang untuk makan.  Tertiba suara Emak Itam menyalak – Tup Tup dari atas bukit gua nampak Siti dan Keluarga  datang berlari. Ha ha ha – pagi ini ramai datang makan.

Bila gua bersenam di Wakaf Tiga Siti, Jantan Putih dan Jantan Baik menunggu. Siti dan Tak Tak makin kamcing.  Mereka tahu ada Friskies di Wakaf Pertama.

Pagi ini Tiong Laki Bini datang makan – agak selesa kerana tak ramai berebut.

TAK TAK BALING KAMPUNG
Petang ini gua nak balik kampung – Tak Tak nak ikut sama – Berbuka akhir di kampung -  Jelebu tak juah – jam  4 bergerak jam 6 sampai – bukan lalu Gua Musang kah kah kah.

Bila gua mengetik ini suara How Wow gua dengar -  mungkin tadi bertandang ke pokok lain.

Hari ini akan panas. Gua harap petang tak hujan. Tahun ini gua tak nak bakar mercun – Tak Tak akan takut – Juga di Kampung ada  TRUMP -  pasti tak suka bunyi mercun. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

SELAMAT BERPUASA
Dan SELAMAT BERHARI RAYA

Tiada ulasan: