APA SEBAB
ANWAR BIN
IBRAHIM PERTAHAN
AZAM BIN BAKI ?
AMIN
APA RAHSIA
ANWAR BIN
IBRAHIM YANG
AZAM BIN BAKI
TAHU ?
JENG JENG JENG
KHALAS
APA
'Bisu seribu bahasa' – Kerajaan digesa jelaskan dakwaan Azam bin Baki miliki saham RM14 juta dalam 9 syarikat
Sebuah kumpulan pendesak anti-rasuah mempersoalkan ketiadaan respons daripada Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim berhubung dakwaan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki, didapati memiliki pegangan saham bernilai kira-kira RM14.4 juta dalam sembilan syarikat.
Malaysians Against Governmental and Institutional Corruption (Magic) mempersoalkan sikap Putrajaya yang dianggap "membisu seribu bahasa" walaupun selepas seminggu bekas menteri Rafizi Ramli memetik spekulasi mengenai penemuan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kerajaan.
"Tiada respons, tiada penjelasan, malah tiada penafian daripada perdana menteri, menteri dalam negeri, SPRM atau Azam bin Baki sendiri," kata peguam dan pengasas Magic, Mahajoth Singh.
"Sikap membisu ini lebih terserlah di sebalik kenyataan berulang kali bahawa laporan jawatankuasa itu akan siap dalam beberapa hari. Jika pendedahan itu tidak benar atau salah, ia sepatutnya disangkal serta-merta."
Pada 13 Mac, Rafizi menggesa kerajaan mendedahkan hasil siasatan terhadap Azam bi Baki, sambil menyatakan terdapat spekulasi bahawa jawatankuasa siasatan tiga anggota dipengerusikan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokthar telah mendapati ketua SPRM itu memiliki saham bernilai lebih RM14 juta dalam sembilan syarikat, jauh melebihi jumlah yang dilaporkan Bloomberg bulan lalu.
"Sekiranya dakwaan bahawa jumlah saham yang terlibat adalah RM14 juta di dalam 9 syarikat itu benar, kegagalan kerajaan menyiasat punca kekayaan Azam bin Baki akan dilihat sebagai bukti kerajaan bersubahat untuk melindungi Azam bin Baki," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Mahajoth berkata ketiadaan respons daripada kerajaan memberi isyarat bahawa kewujudan jawatankuasa siasatan khas itu adalah sia-sia.
"Sedangkan perdana menteri sendiri memberi jaminan di Parlimen bahawa perkara itu akan ditangani secara telus dan mengikut proses yang sewajarnya," katanya.
"Oleh itu, rakyat berhak menjangkakan hasil siasatan ini akan didedahkan. Sikap berdiam diri yang berterusan menimbulkan kebimbangan serius tentang ketidakadilan prosedur dan pelanggaran kedaulatan undang-undang."
Menurutnya, Putrajaya mesti mendedahkan secara terbuka penemuan jawatankuasa itu, termasuk senarai syarikat yang dikaitkan dengan pemilikan saham Azam bin Baki.
"Tanpa pendedahan segera, keseluruhan proses umpama sandiwara dan bukannya tindakan akauntabiliti yang tulen," katanya.
Bulan lalu, Bloomberg menerbitkan dua laporan mengenai Azam di samping pendedahan mendakwa kaitannya dengan sekumpulan individu penyangak.
Bloomberg melaporkan Azam bin memiliki berjuta-juta saham bernilai kira-kira RM800,000 dalam sebuah syarikat tersenarai, yang melanggar pekeliling kerajaan melarang penjawat awam daripada pegangan sedemikian.
Azam bin Baki berkata saham tersebut dibeli tahun lalu, ketika beliau masih menjadi ketua SPRM.
Pada 12 Februari, satu lagi laporan Bloomberg mengaitkan Azam bin Baki dengan kumpulan dikenali sebagai "mafia korporat", yang dikatakan berpakat dengan SPRM untuk memaksa ahli perniagaan melepaskan pegangan mereka dalam syarikat awam tersenarai secara paksa.
Pendedahan itu mencetuskan gesaan agar Azam bin Baki disingkirkan daripada SPRM dan supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasatnya.
Anwar bin Ibrahim , yang sebelum ini melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam bin Baki sebanyak tiga kali, setakat ini enggan menggantikan Azam bin Baki.
"Orang yang buat kerja, nak pecat pasal apa? Ini satu penyakit. Orang buat kerja, you (awak) maki pasal apa? Salah," kata Anwar bin Ibrahimketika menjawab soalan wartawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan