NARATIF
PERANG IRAN TRUMP
MULA MASUK AIR
Ketika tulisan ini di garap Perang Iran telah memasuki hari ke 18. Berpuluh kota dan bandar di Iran telah runtuh rantah. Tel Aviv dan beberapa kota lain dalam Isreal termasuk lapangan terbang Ben Gurion telah juga mengalami keadaan yang sama.
Umat Islam sedang memasuki hari ke 27 berpuasa di bulan Ramadan tahun 2026. Hari Raya akan disambut dalam masa tiga hari lagi. Ini kali kedua Perang Ramadan berlaku. Kali pertama berlaku pada tahun 1973 bilamana Mesir dan Syria telah berperang dengan Isreal dari 6 Oktober hingga 25 Oktober 1973.
Perang Ramadan - Perang Oktober atau di Israel di panggil Perang Yom Kippur tamat satelah 19 hari berperang. Jelas kelihatan Perang Ramadan kali ini belum nampak akan reda. Malah bertambah rancak.
Beberapa kali Trump mengumum bahawa Iran mahu mengadakan perundingan. Setiap kali Trump bersuara hal gencatan senjata akan di jawab oleh Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dengan jelas : Perang di teruskan. Hanya Iran yang boleh menentukan bila perang tamat.
Iran meletakan tiga syarat untuk perang dihentikan. Syarat ini telah dinyatakan oleh Abbas Araghchi. Pertama : Iran mahu pampasan. Kedua : Iran berhak dalam soal nuklear. Ketiga : Satu Perjanjian Antarabangsa dimana Iran tidak akan diserang lagi.
Dari pungutan suara hanya 26% warga Amerika menyokong tindakan Trump menyerang Iran. Malah ramai Ahli Kongres mempertikaikan dan mentakrif perang ini adalah perang haram.
Ini kerana dalam Perlembagaan Amerika hanya Kongres memegang kuasa eksklusif untuk mengisytiharkan perang secara rasmi. Walaupun Presiden bertindak sebagai Panglima Tertinggi, Presiden tidak boleh secara perlembagaan mengisytiharkan perang atau secara unilateral membenarkan perang berlaku.
Keadaan perang tidak berubah. Alatan canggih penangkis peluru berpandu buatan Amerika telah di musnah oleh drone Iran. Iron Dome – penangkis terulung kini dibuktikan telah dapat di bolosi oleh peluru berpandu Iran.
Gelombang demi gelombang serangan Janji Sejati Iran sudah memasuki ke Gelombang 54. Iran dari awal dulu menyerang dengan peluru berpandu Fatah. Kini dengan Sejjil – peluru berpandu balistik supersonik. Sejjil senjata terkini tercanggih bergerak 13 kali ganda dari kecepatan bunyi. Boleh bergerak sejauh 2000 kilometer.
Selat Hormuz masih di tutup oleh Kor Pengawal Revolusi Iran. Hanya kapal yang bukan musuh Iran diberi laluan. Justeru kapal dari China di benarkan masuk dan keluar. Masuk membawa apa - CIA pun tidak tahu. Yang di ketahui kapal China keluar membawa minyak mentah.
Harga minyak dunia terus meledak. Ekonomi kapitalis dunia semakin kacau. Inflasi sampai. Bila inflasi menjerut leher pengguna di Amerika juga akan menjerut leher penyokong Trump. Kumpulan kanan MAGA (Make America Great Again – Jadikan Amerika Hebat Kembali ) yang menjadi induk penyokong Trump telah mula bertanya: Apakah perang ini memberi manfaat kepada Amerika.
Malah semakin ramai warga Amerika termasuk penyokong Trump yang melihat Trump telah dipergunakan oleh Netanyahu untuk memerangi Iran.
Kempen dan naratif yang di sebarkan ialah Iran membawa bahaya kepada keselamatan Amerika. Iran dikatakan mengancam Amerika. Setelah lebih dua minggu berperang naratif ini mula masuk air.
Paling terakhir ialah tindakan Ketua Pengarah Lembaga Intel Anti-Pengganas. Sosok ini meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan apa yang sedang berlaku. Pengarah Intel ini dalam surat letak jawatan telah menyatakan bahawa Iran tidak mengancam keselamatan Amerika.
Mengikut sosok ini Amerika masuk menyerang Iran kerana Trump mengikut telunjuk Netanyahu dan Zionis.
Sosok ini bukan kecik anak. Dia penyokong tegar Trump dan MAGA. Telah dua kali menjadi calon Dewan Senat dari Parti Republikan. Sosok ini dipilih dan dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Intel ini oleh Trump sendiri.
Justeru , dunia sedang melihat Trump dalam keadaan kelam kabut. Selat Hormuz yang di tutup oleh Iran kini menjerut leher Trump. Awalnya Trump membuat kenyataan bodoh menyatakan kapal boleh lalu keluar di Selat Hormuz dengan bantuan Tentera Laut Amerika.
Kenyataan ini telah disangkal oleh Tentera Laut Amerika sendiri. Tentera Laut Amerika setakat ini enggan menyediakan pengiring Selat Hormuz untuk penghantaran, walaupun permintaan setiap hari. Akhirnya kenyataan awal Trump telah di tarik balik.
Trump menjadi gelabah. Lalu dia menyeru agar sekutu dalam NATO seperti UK, France dan German datang menghantar kapal perang untuk memecahkan sekatan Iran di Selat Hormuz.
Jawapan Kesatuan Eropah dan NATO cukup jelas. Portal Maritime Excutives pada 10 Mac telah menulis : Perdana Menteri Britain Kier Starmer United Kingdom "tidak akan ditarik ke dalam perang yang lebih luas," manakala Menteri Pertahanan Jerman Boris Pistorius berkata "ini bukan perang kita."
Kaja Kallas, ketua dasar luar Kesatuan Eropah, berkata negara anggota tidak mempunyai selera untuk mengembangkan operasi keselamatan maritim mereka di Laut Merah ke Selat Hormuz.
Bila kenyataan ini menjadi berita dunia Trump telah mengancam NATO dan Kesatuan Eropah. Portal Agensi Berita AP pada 18 Mac telah melaporkan : Presiden Donald Trump berkata NATO dan kebanyakan sekutu lain telah menolak gesaannya untuk membantu mengamankan Selat Hormuz.
Trump mendabik dada mengklim dia melancarkan perang terhadap Iran demi kebaikan dunia. Kerja baik Amerika ini jelas tidak dihargai.
Trump marah bila langkah Amerika ini tidak mendapat sokongan "walaupun fakta bahawa Amerika telah membantu" NATO "begitu banyak". Trump berkata NATO membuat ‘ very foolish mistake – satu kesilapan yang amat bodoh .
Perang yang dirancang awal oleh Trump diharapkan akan berjalan selama empat atau lima hari sahaja. Pantas dan cepat sama seperti operasi soldadu Amerika di Venezuela. Trump silap besar Iran bukan Venezuela.
Perang kini telah memasuki minggu ke tiga. Perang yang awalnya mengikut Trump bertujuan untuk meruntuhkan kerajaan Iran. Kerajaan Islamik Republik Iran wajib di ganti dengan kerajaan baru. Kerajaan baru ini akan sedia bersahabat dengan Amerika dan Israel.
Impian Trump dan para Zionis di Israel dan di Amerika telah pecah berderai. Kerajaan Islamik Republik Iran walau pun ramai pemimpin mati terbunuh – masih lagi tegak berdiri. Tidak goyang malah terus menyerang.
Apa yang jelas sedang berlaku sekarang ialah lanskap politik Negara Arab Telok termasuk Saudi akan berubah. Selama ini Saudi, Bahrain. Qatar, Jordan, UAE, Kuwait dan Iraq di beri harapan bahawa mereka akan di bantu dan di pertahankan oleh Amerika. Keselamatan negara- negara ini di bawah jagaan Amerika.
Justeru pangkalan tentera Amerika di pasang di negara-negara ini. Lapangan terbang, sistem mengintip, lembaga risikan dan soldadu Amerika semua berada dalam negara-negara yang bersedia menjadi budak suruhan Amerika. Iran mengubah semua ini.
Perubahan berlaku bila senjata peluru berpandu dan drone Iran mula meledakkan panggalan soldadu Amerika ini. Satu demi satu pangkalan Amerika musnah.
Alat penangkis peluru berpandu termasuk Iron Dome yang di pasang di Negara Arab Telok menjadi sasaran peluru berpandu Iran. Alat risikan tercanggih seperti THAAD yang di pasang di Bahrain, Kuwait dan Qatar musnah.
Alat risik THAAD - ( Terminal High Altitude Area Defence ialah sistem pertahanan peluru berpandu yang dipasang dengan trak untuk memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik jarak dekat, sederhana dan terhad menggunakan tenaga kinetik "hit-to-kill".
Negara boneka Amerika ini minta bantuan senjata dan alat penangkis untuk mengganti yang musnah. Israel juga meminta senjata dan peralatan baru. Jawapan dari Amerika cukup mengecewakan.
Amerika sendiri terpaksa meminta kembali Iron Dome dan alat penangkis peluru berpandu yang telah di hantar ke Korea Selatan dan Taiwan. Sekutu Amerika ini sedang merasa tertekan. Bayangkan betapa kecutnya perut negara Arab Teluk ketika ini.
Persoalan sekarang apakah ada kemungkinan untuk perang ini di hentikan. Jawapan dari Iran jelas. Perang akan diteruskan.
Tuntutan awal Iran sebelum berlaku gencatan senjata dan perundingan ialah Israel dan Amerika hentikan serangan. Jika tidak peluru berpandu dan drone Iran akan terus bergerak.
Mampukan Amerika dan Israel menghentikan perang ini?
Wajib di sedari bahawa pada ketika ini pengaruh Kristian Zionis di Amerika dan Zionis Ortodoks di Israel mahu perang di teruskan.
Dua kumpulan ini sedang bekerja siang dan malam untuk memastikan perang berlanjutan.
Kristian Zionis dan Zionis Ortodoks ini memiliki satu ajaran kepercayaan agama. Mereka mahu membawa kita semua ke Armageddon.
Armageddon ini ialah perhimpunan tentera yang dinobatkan untuk pertempuran pada akhir zaman – ertinya Kiamat. Ini menurut ajaran Kitab Wahyu Yahudi dalam Perjanjian Baru Alkitab Kristian.
Armageddon ini ialah perang untuk memastikan kemunculan Kali Kedua Nabi Isa. Bunyi ajaran ini tidak masuk akal. Tetapi semua persediaan telah di usahakan.
Apa persediaan itu kumpulan kaum Zionis ini ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/770706









Tiada ulasan:
Catat Ulasan